Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, May 31, 2013

Malam ni tinggallah empat orang di asrama....

Pada petang ini angah menghantar 8 orang ke stesen bas P.Buntar..geng Jamal 4 bersaudara, geng Anas 3 bersaudara dan Meon. Dari situ depa akan balik ke Kulim geng Jamal, ke Titi Serong geng Anas dan Meon ke Jalan Baru, Kuala Kurau...
Yang ada di asrama sekarang Sarah dan adiknya Hafiz, Halimah dan Nurin...Kembar tiga saudara dah diambil ibu depa hampir Maghrib sebentar tadi....Sarah dan Hafiz besar kemungkinan akan diambil ayah depa malam ini....Angah baru ont the way balik.....sebentar tadi dihubungi ummi untuk mengetahui keadaan budak2 yang dihantar tu.....

sunyi....




Thursday, May 30, 2013

Anak Yatim Tahfiz dah habis periksa

Hari ini ada slot akhir walid di Perkampungan Ilmu di sekolah Taayah...jadualnya jam 3 ptg..Semasa solat Zohor terdengar bunyi enjin diluar sana....selesai solat tanya ummi apa bunyi tu. kata ummi Jamal mesin rumput atas arahan ummi...depa dah habis periksa...Jamal dan Amirul (Meon) bergilir guna mesin rumput untuk membersih kawasan sekitar reban angsa, yang lain2 tak nampak rupa pun. hingga bila walid balik dari sekolah masa tu radio IKIM dalam kereta azan Asar, ketika itu baru nampak muka Hafiz dan Hakim...lepas tu hujan lebat turun hingga hampir pukul 6....

Kesian budak kembar dan kakaknya Amirah masih lagi belum diambil ibu mereka hingga kini...jadinya kesemua budak perempuan diasrama ketika ini kembar kakaknya 3 orang, Sarah, Ati, Syafikah, Halimah dan Nurin jadi 8 campur tahfiz 7 jadi semuanya 15 orang.

Tuesday, May 28, 2013

Hari ini Selasa 28 Mei

Walid baru saja sampai jam 8 pm tadi...pergi jemput kak Iffah yang cuti study week sampai 8/6/13 ni...Ini kali ler wallid try drive dari Ipoh ke Bndr.Baru Nilai ditemani ummi jadi tukang sembang sepanjang jalan...Kalau dulu memang tak boleh pergi jauh pun cepat lemas dan berdebar2...ini dah setahun bypass..rasa cemas tetap ada tapi kuatkan semangat untuk cuba juga dok ingat kalau hujan ker ape berenti ler kat mana2...Alhamdulillah bertolak tadi jam 12.45tghri dengan kelajuan 80-100 sampai ler pukul 4 ptg di BBNilai..Kalau tidak kerana angah tak sihat tak berpeluang nak drive sajauh itu...Bila giliran balik..adik (Iffah) pula yang drive...
Walid kata kat ummi tadi, nampaknya ini perkembangan baik boleh pergi Kelantan..lama dah tak gi denu..Masa dalam on the way balik hujan lebat kat Tapah..terpaksa berenti sebab tak nampak jalan...masa tu teringat kat cucu, Naseh Ulwan...bila saja kami sampai mam dia beritahu Naseh tak mau tidur langsung petang ni...masa kami balik pun terkebil2 matanya...lepas tu baru lena...
naseh lena ditepuk acu iffah



Monday, May 27, 2013

Malam ni tinggal enam orang jer di asrama puteri......

Terkedu seketika walid dan ummi petang ini bila walid terlihat dalam henset ada misscall dari sahabat karib kami yang terlantar dihospital yang sempat kami ziarah pada Khamis baru ini..bila walid semak henset ummi ada 5 miskol dan satu sms....bila baca sms itu macam tak boleh bernafas...Rosli dh kembali pd kul 12.30 thari smlm .kbumi 6.30 ptg....sms dari isterinya Ustzh Azizah Ahmad.

Suami isteri ini amat rapat dengan kami...suaminya mengidap kanser hati...sebelum walid buat bypass di IJN mereka sentiasa datang ziarah dan masa tu Rosli masih sihat dan boleh buat capati dan roti canai tanpa minyak nak bagi walid makan...bila walid keluar IJN dia kena kencing manis yang kuat sehingga jari kaki kena potong....Sejak dari itu beliau dimasukkan ke pusat rawatan singseh Kepala Batas namun bila keluar dari situ kami ziarah keadaan kesihatan agak lembab...kemudian yang terbaru doktor dapat kesan kanser hati pula...Semoga Allah cucuri rahmat atas rohnya....meninggal dalam muka berseri bercahaya dengan penuh reda...kata isterinya.

Kami tidak sedar dengan panggilan tefon dan sms semalam kerana sibuk dengan cucu yang kuning dan disamping kunjungan tetamu yang tak putus2..Henset letak bawal bantal konon tak mau cucu terkejut...Pukul 8 pagi ni pergi hantar dua orang anak ni untuk tusyen disekolah depa....pukul 4 baru teringat ke henset....

Pelajar lelaki tujuh orang yang belajar di maahad tahfiz pergi duduk diasrama Tahfiz sana kerana depa ada periksa..Jadi yang tinggal hanyalah budak perempuan 6 orang dan esok sorang lagi akan pulang dari Sek Idrisiah, K.Kangsar.

Saturday, May 25, 2013

Cuti!!!!!!!

Sejak semalam lagi dah ada yang balik..Hadi dan Shahrul di ambil oleh ibu mereka petang semalam, walaupun ada jamuan selepas Maghrib disponsor oleh Pn. Azmah...

Hari ini enam beradik keluarga Meor pula balik dalam pukul 10 lebih kurang..Jam 3 petang tadi Hisyam, Hafizan dan Wan telah dihantar ke Manjoi...Petang ini juga katanya ibu tiga beradik geng kembar akan datang ambil.tapi setakat ini belun sampai lagi....

Geng Kulim empat beradik, Meon dan geng Parit Buntar empat beradik belum tahu lagi.......

Thursday, May 23, 2013

Naseh Ulwan hari ke5








Bila walid dan ummi bawa Naseh ke Hospital Ar-Ridzuan jam 2.30ptg untuk ambil darah didapati kuningnya 16.8 jadi kena tahan di wad 24 jam untuk diletak dibawah lampu..Walid pula terpaksa bergegas ke ibu pejabat Faber Group Wilayah Utara di Ipoh kerana ada majlis penyerahan zakat kepada lima buah institusi yg merangkumi anak-anak yatim dan sekolah tahfiz di kawasan Ipoh.

Wednesday, May 22, 2013

Sajian Tengahari Ini Kuewteaw Goreng...sedap nyer!!!!!

Semalam walid cadangkan kat ummi untuk ubah menu masakan hari ini kerana tukang masak kami mengalami mild strok seminggu lepas tapi tak ler begitu ketara sangat..dan makcik Som masak utk 3 hari Isnin hingga Rabu, Hari Khamis diambil alih oleh Restoran Wanggey Taman Perpaduan, Hari Jumaat oleh Restoran Bunga Lawang, sementara Sabtu dan Ahad kebiasaannya ada jemputan samada keluar atau orang datang hantar makanan kesini...Hari ini oleh kerana esok dah nak cuti kita buat kuewteow goreng dan tanya kepada chef Jannah dan Aby sanggup tak masakkan utk makan tengahari....sanggup kata Jannah petang semalam..Jadinya petang itu juga angah bawa mereka pergi pasar malam Tm Perpaduan utk cari bahan nak masak....Sebab ummi dan walid sebok dengan cucu yang kena kuning.....



Bila saja kami balik dari cari buah anggur, sengkuang cina, susu kambing masakan dah siap dan kami dapat ler rasa...memang sedap kuewteow masakan mereka boleh buka gerai ler....Syabbas..apa lagi licin kuali disebat anak2....