Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, June 29, 2013

Puteri Sulong Kami Dapat Posting di Pasir Gudang

Izzah puteri sulung kami diminta lapur diri di JPN Johor dan ditempatkan di Sek Men Pasir Gudang dan bertolaklah petang ini

Program Hari ini Sabtu

Pagi ini lawatan dari kaki tangan Kem. Kesihatan Malaysia Ipoh ke asrama ini untuk kerja amal dan ceramah kesihatan...dari pagi hingga kepetang...dalam masa sama juga terdapat para dermawan yang datang untuk sampaikan sumbangan mereka...

























kesi

Pakat main buih sabun

Ada seorang pengunjung ke asrama ini telah menyumbang bubble bubbles dua kotak untuk permainan anak2 yatim ini...so kecik besar pakat mainlah sakan sungguh dipetang yang redup dengan angin sepoi2 basah........kegembiraan jelas terukir diwajah masing2......


















































Saturday, June 8, 2013

CERITA HARI SABTU

Yang dah ada di asrama setakat ini dah 13 orang....Nurin datang pagi buta lagi...disusuli geng kulim 4 beradik dan geng meor 6 beradik yg sampai sini sebelum Asar..begitu juga Zanti...

Seketika sebelum Maghrib muncul 3 beradik geng Anas maka jadilah 16 orang semuanya setakat malalam ni.......



Thursday, June 6, 2013

Cerita Hari Ini

Hari ini ada beberapa orang datang antaranya Pn Aina dan kawannya pengusaha kantin di IPG Ipoh nak sampaikan sumbangan dan minta dibuat majlis tahlil oleh anak2 yatim nanti. Kemudian menyusul sebuah kereta lain yang nak sumbangkan baju dan duit.

Sementara persatuan mak datin di Puncak Meru pula sumbangkan rice cooker yang sekali masak boleh untuk 30 orang dihantar ke rumah makcak dan petang tadi angah dan ummi pergi sana mengambilnya.

Cerita Semalam..

Semalam walid tak mampu nak coret apa2 kerana bertarung dengan gout yang masuk hari kedua...ingatkan hari ini ok, rupanya dia short kaki kiri pulak,,,redho jer lah...Semalam Ah Hoo datang untuk pasang grill pada bilik air dan pasang semula awning yang dibuka bila buat renovate sikit utk dapur dan bilik walid...tapi bagai dikatakan sepanjang dia buat kerja, drill sana ketuk sini walid hanya duduk berselimut demam menggigil..telinga buat pekak jer lah...nak buat lagu mana..

Lepas kerja Ah Hoo siap datang Datin Zahurin yang baru balik dari Turki lawatan tahunan keluarga, dia datang nak bagi oleh2 kat ummi dari Turki, tudung turki dan jajan,,,tengok2 anak yatim tak ada hanya tinggal Halimah sorang...Ini pun walid dok nampak Halimah tolong ummi bagi makan angsa dan itik serati..Nak balik tak ada tempat nak bawa diri..jadi duduklah sebilik dg kak Iffah...Kak Iffah pun dah balik USIM semalam Rabu, nak periksa minggu depan..konon balik study week nak baca buku...sebenarnya rindu kat Naseh jadi khadam Naseh salin lampin dan basyuh beyak...no problem janji boleh balik rumah...sayang tak terkira kat Naseh sejak dalam perut lagi Naseh bagi respon sangat2 kat acu dia... baru 18 hari gitu boleh buat apa acu suruh...mana tak geram..

Tuesday, June 4, 2013

Makcak dan kak Wa datang

Petang ini makcak (kakak ummi) dan dr Azwa anaknya datang nak tengok Naseh yang dah masuk hari ke18...masa depa datang tu ummi  angah dan acu Iffah pergi pekan Ipoh tapi sempatlah jumpa sebab azwa tefon angah kerana tengok rumah sunyi, walid dengan Naseh tidur dan walid dengar bunyi orang bagi salam tapi tak boleh bergerak kaki sakit sangat. Walid panggil mama Naseh untuk buka pintu...Sebentar kemudian ummi pun balik dan hujan pun turun dengan lebat.

Monday, June 3, 2013

Ustazah Mariam datang dari Jempol

 Lebih kurang jam 3 ptg masa tu walid dok tengah berehat dikatil kerana serangan gout secara tiba2 hingga bengkak terik tak boleh berjalan...agaknya terkena badi pakcik Bidi yang datang kelmarin baru baik dari gout..mungkin berpunca dari makan nasi goreng yang perencahnya ikan bilis....

bengkak
Tiba2 ada sebuah kereta masuk, ummi yang sedang melayan Naseh suruh angah pergi tengok siapa yang datang..angah ni cekap mata, dia kata macam kereta ustazah Mariam...Tepat sungguh tekaan dia..memang betul....Ustazah Mariam Naam yang dah 5 tahun menetap di Jempol N9 tiba2 muncul bersama dua orang temannya dari sana....Mereka datang naik bas dijemput oleh anak lelakinya Shukri terus singgah kesini kerana memang lama sudah dia teringat nak jenguk tempat ini...

Dulunya ustazah inilah yang membuka kelas fardu ain di bangunan bekas kilang batik ni dan masa tu kawasan keliling kilang ni adalah belukar tebal dipenuhi pokok2 kekabu, buluh, rambutan dan durian tumbuh liar disamping hutan pokok pisang pokok paku, ubi kayu, pandan dan keladi giant banyak ular...Jadi dia memanfaatkan bahagian bawah kilang utk kelas pengajian...

ustzh mariam ditengah





halimah menempek skali...




Selepas tuan tanah meninggal diwasiatkan kepada ibunya supaya cari orang yang boleh tukarkan kilang usang ini kepada projek kebajikan...masa itulah ustazah Mariam yg baru pencen guru agama tentera jumpa walid meminta walid terima pelawaan ini..Bila melihatkan kondisi bangunan kayu dua tingkat ini masih cantik kerana kayunya berkualiti betul..masih tak dimakan anai2 maka kita pun bertawakkal untuk tukar wajah kilang kepada sekolah......tahun 2000 masa tu...