Jam 11:00 pg tadi Selasa, walid daftar masuk wad Kenanga tingkat 3 IJN dan dapat bilik single no 2. Kami sekeluarga datang dari Ipoh jam 4:45 hari Isnin dan menginap dia Hotel Putera juga., untuk mengelak dari kesesakan selepas cuti raya Cina. Sebaik saja masuk bilik tadi untuk meletak barang terus saja dibawa kebilik rawatan untuk ambil bp, darah dan suhu badan..Kemudian Dr. Rais Pakar Bedah datang menemui walid dibilik 2 untuk memberitahu masalah buah pinggang yang katanya agak teruk berbanding waktu discharge baru2 ni...dan dia nasihatkan minum air 2 liter sekurang2nya untuk hari ni sebab esok jadualnya ialah buat ultra sound untuk buah pinggang...petangnya walid dipanggil pula oleh Dr. Jepun lupa namanya apa entah katanya dia adalah team Dr. Rais dan telah melihat hasil angiogram yang ada 3 sumbatan pada pembuluh darah dan menerang baik buruk pembedahan serta urat gantian yang akan diambil pada betis dan dada...Elok dibuat secepat mungkin katanya kerana bila umur meningkat jantung pun lemah dan risikonya besar...kalau dibuat sekarang mungkin risikonya 3% tapi apapun bergantung pada kidney yang akan dicheck esok...Masalah yang timbul sekarang ialah gout yang menyerang lutut walid hingga kaki tak boleh dibengkokkan....
Salam...ana doakan moga ust selamat menjalani pembedahan dan dpermudahkan urusannya... InsyaAllah..semoga Allah memberi kekuatan juga pada ummi dan keluarga dalam menghadapi cabaran ini...
ReplyDelete(Atikah)