Rupanya Dr. Rais ada panggilan dari HKL untuk pembedahan kes emergensi seorang pesakit kanser di sana . Jam 10 pagi tadi beliau datang kebilik walid untuk memberitahu walid kenapa kena tukar ke hari Jumaat pagi. Sepatutnya walid akan dibedah Khamis sebelah petang katanya. Lagi katanya, kes kencing manis walid dah ok dan terkawal begitu juga tekanan darah. Jadi diharap gout dan demam tidak ada sehingga Jumaat ini...in sya Allah...
Selepas itu datang seorang ahli Kelab Rakan IJN namanya Venugopal yang rasanya dah hampir 90 tahun, datang memberi semangat kepada walid dan pesakit2 yang menunggu pembedahan. Dia dulunya juga pesakit jantung tersumbat dan menjalani pembedahan bypass pertamanya di India kerana masa itu IJN belum ada dan bertahan selama 5 tahun kemudian sekali lagi jantungnya tersumbat dan kali ini buat di IJN sampai sakarang dah 25 tahun..Amalkan gaya hidup yang sihat, makan ubat seperti yang disyorkan dan amalkan senaman seperti walking sejam setiap hari..dan turunkan berat badan hingga 50 kg. Anda akan sihat dan panjang umur. Jangan takut untuk buat pembedahan di IJN ini kerana mereka setiap hari berdepas dengan tugas ini dan mereka adalah pakar, katanya.. Yang penting selepas pembedahan ini jaga makan minum dan ubah gaya hidup kepada yang pentingkan kesihatan...nasihatnya...untuk walid dan ummi.

No comments:
Post a Comment