Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, March 28, 2013

Rehlah Ke Lost World of Tambun


Pagi hari ini seramai 18 orang anak-anak kami telah dibawa ke Lost World Of Tambun untuk mandi manda disana diiringi oleh Pn Nurul dan rakan2nya yg jadi sponsor program dan Kak Abi cikgu dan juga warden kami..Seronok tak terkatalah bagi yg belum pernah kesitu...dan yg terlibat pun adalah anak2 kecil bawah 12 tahun asalnya gitu mengikut sponsor tapi kesudahnya heret belaka nampaknya..cuma yang tahfiz tak join sama sebab mereka ada kelas pagi dengan Us. Saleh dan mereka puasa pulak mana boleh budak tahfiz pergi ketempat macam tu. Mereka balik dari Lost World itu jam 2 ptg. Sebenarnya sejak asrama ni dibuka dah berapa kali anak2 ni dibawa kesana kerana CEO Lost World Mr Calvin tu boleh dikatakan rapat dengan kami...

Hari ini makan tengahari disponsor oleh Restoran Nasi Wanggei atas permintaan tuan punya restoran Syed Anwar Ibrahim yang minta satu hari dalam seminggu untuk dia beramal kepada anak2 diasrama ini.. Sementara itu kami berlima walid, ummi, angah, kak Izzah dan bang Eddi suaminya kena pergi ke Bandar Perda dekat B.Mertajam nun untuk ambil kereta Innova yang siap untuk dibawa balik. Anak sedara ummi jadi pembantu pengurus di Syarikat Toyota Fadason disana...kami terima tefon semalam mengatakan kereta yang ditempah dah sampai dan boleh ambil jam 4 ptg hari ni...Jadi kami pergi jam 12 tgh hari utk kesana...Kereta ini nanti bolehlah bawa budak2 ni sekali harung ketempat tusyen dan solat Jumaat kemasjid tukar2 selera..Sebenarnya depa ada beberapa hari kena dihantar ketempat tusyen yg berlainan selain ke kelas Kafa setiap petang...Itulah kerja angah yang nak berbakti kepada anak2 yatim ni sampai tak mau mohon kerja lain dah kunun katanya...Jadi kami balik dari pejabat Fadason tu selepas Asar dan singgah kedai kitab di Bg Serai dekat Maghrib dan solat Maghrib di Hentian Changkat Jering dan sampai rumah hampir pukul 10.....





No comments:

Post a Comment