Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, July 19, 2013

Hari Ke10 Ramadhan...

Pagi ini kunjungan dari Puspanita Negeri Perak yang terdiri dari datin-datin datang menyumbangkan washing machine dan juga sumbangan wang.. majlis ramah mesra bersama ummi berjalan secara ringkas bertanyakan sejarah tempat ini dan anak2 yang tinggal disini..

Selepas para datin pulang ada sebuah teksi masuk kekawasan ini menurunkan dua orang budak kita yang dah lama menghilang diri sejak cuti awal tahun iaitu Hadi dan adiknya Syahrul..Ummi puas berkali2 menghubungi ibunya tapi gagal. Kami menyangka depa pindah ke Melaka kerana ada diceritakan begitu kepada ummi...rupa2nya tak kemana-mana. Bila ditanya mereka, tiada jawapan yang boleh dipegang...sayangnya mereka tak belajar apa2 dirumah dan datang semula inipun sehelai sepinggang semacam melarikan diri dari krisis rumah tangga. Sayang juga lagi kerana ketiadaan mereka terutamanya dibulan Ramadhan ini dimana ramai yang datang menyumbang baju raya untuk anak2 disini..bila mereka tak ada disini tak dapatlah...

Semalam anak2 kita berbuka di Dewan Bandaraya Ipoh diraikan oleh Pengarah DBI dalam majlis berbuka mereka. Angah turut mengiringi mereka dalam majlis tersebut yang dijemput dengan bas DBI. Dan malam ini pula majlis berbuka ditaja oleh orang kuat DBI juga tapi untuk keluarganya dan anak2 disini...

Juadah berbuka ini dimasak oleh Restoran Bunga Lawang...


rendang ayam

kerabu taugeh kerang



No comments:

Post a Comment