Pagi ini Ah Seng mula pasang jubin utk tangga dan koridor didepan homestay, katanya boleh siap dalam 3 hari..sekeping upahnya RM1.10 utk lebih kurang 500 kpg.
Balik dari sekolah pergi beli baju Naseh dan ambil Siti Sarah di sekolah Darut-Taqwa dia yang ada peperiksaan I'dadi untuk Ting 2 seluruh Perak.
Bila sampai saja dapat lapuran budak Tahfiz semua plug didapur utk frizer dan washing mesin tak ada karan. Telefon Cikgu Di guru letrik di Giat Mara Tambun minta datang petang selepas kelas dia, tengok apa sebab tak ada karan.
Lepas tu ada ada sebuah kereta Merc datang suami isteri bertujuan nak jemput anak2 disini ke majlis kenduri mereka di Bt 5 Tambun.
Kemudian sepasang suami isteri lain pula datang memberitahu mereka nak bawa makanan pukul 7 besok. Mereka pengusaha katering di Taman Perpaduan.
Lepas Asar datang Cikgu Di untuk periksa punca 4 plug didapur tak ada karan...hasilnya dikenal pasti main suis satu fuse jatuh kerana tak dapat tampung tenaga. Esok dia akan datang betulkan. Bila selesai kerja Cikgu Di, datang pula sepasang suami isteri katanya dari Kg Tersusun Bt4 Tambun rasanya pesara pegawai tinggi polis di Alor Star namanya Tn Khalid sebelum itu bertugas di PGA Ulu Kinta. Katanya amalan dalam perkhidmatan polis ini bila seseorang nak bersara dia akan ditukar ke tempat berhampiran kampung kelahirannya. Tapi beliau ni dah beli rumah di Ipoh, tapi pihak pentadbiran tak tahu lalu dia ditukar ke Alor Setar. Tujuan kedatangannya utk sampaikan zakat simpanan mereka.
mengisahkan tentang perjalanan hidup anak yatim asrama dar'us-salam tambun, ipoh
Tuesday, October 29, 2013
Beli baju Naseh 4 pasang di Baby Shop Bercham
Alhamdulillah cucu jaddi tak demam pun walaupun kena cucuk semalam..kira keballah dia... badannya masya Allah semangat, baju yang ada kebanyakannya dah ketat dan sendat. Itu sebab balik dari sekolah ajak opah dia pergi kedai beli baju kat dia..
naseh nampak besar dg baju utk 1 tahun..ha ha. |
baju utk 6-9 bln |
Monday, October 28, 2013
Pizza datang waktu Maghrib
Senja ini taukeh pizza dari Meru Raya datang hantar 7 kotak pizza berbagai jenis ayam sp, ketam n tuna, dll. disamping potato soup. Lewat sikit katanya sebab ramai pelanggan dikedainya yang terletak berhampiran Pasaraya Mydin dan hentian bas Aman Jaya. Setiap orang boleh makan tiga potong ler..Ini dah kali yang keberapa pun tak ingat beliau datang keasrama ini.
Naseh kena cucuk lagi hari ni.....
ni nak pi la dah kul 2 ptg |
naseh tak jumpa kopiah kecik lagi.. |
pakai baju berbutang sbb nanti kena bogel nak timbang.. |
naseh janji tak nangis nanti...malu kan |
Sunday, October 27, 2013
Rezeki lagi....
Hampir waktu Maghrib tadi ada satu kereta datang katanya nak bagi makanan..Masa tu kami sedang menukang reban ayam menggunakan kayu2 yang terbuang yang dihantar lori Cina sejak beberapa hari dah.
Bila tengok apa makanan yang dihantar? Ya Rabbi..ikan keli hampir 50 ekor, ayam goreng berempah pun sama dan masak lemak udang dg kacang panjang. Nasi putih pula panas berasap2...
Ikan keli memang lauk paling diminati budak2 ini...sedang kami sekeluarga tak makan ikan air tawar..ummi tak boleh dekat, bau pun tak boleh...Hari ini mereka makan kentucky pastu pukul 1.30 dapat jemputan makan kenduri diluar....Nasib la hujan lebat petang ini mudah-mudahan perut mereka lapar kembali dan dapat hentam ikan keli tu.....
Bila tengok apa makanan yang dihantar? Ya Rabbi..ikan keli hampir 50 ekor, ayam goreng berempah pun sama dan masak lemak udang dg kacang panjang. Nasi putih pula panas berasap2...
Ikan keli memang lauk paling diminati budak2 ini...sedang kami sekeluarga tak makan ikan air tawar..ummi tak boleh dekat, bau pun tak boleh...Hari ini mereka makan kentucky pastu pukul 1.30 dapat jemputan makan kenduri diluar....Nasib la hujan lebat petang ini mudah-mudahan perut mereka lapar kembali dan dapat hentam ikan keli tu.....
Naseh test "'masyayya'" baru..
Hari ini Naseh try baby walker yang baru beli semalam. Walaupun baru lima bulan tapi kaki dia keras dan tegap..nak acah tengok bagi dia kayuh pelan pelan..benda ni boleh up n down dan lengkap dg bunyi binatang n muzik dengan lampu berkelip2....budak Naseh ni suka mengkaji dan meneliti sesuatu benda baru...berkerut dahi dibuatnya bila ada banyak benda dg pelbagai warna didepannya tambahan pula ada bunyi...heran dia apa merga pulak ni....
Hoy Naseh tratar baby-walker recientemente compró ayer. Aunque sólo cinco meses, pero sus piernas son fuertes .. tratamos de verlo remar lentamente .. andadores pueden subir y bajar completado con sonidos animales con parpadear luces de la música .... Naseh ama estudiar y analizar un nuevo ... frente arrugada pensando cuando hay muchos objetos de diferentes colores también tienen diferentes sonidos ... su preguntaron acerca de estas cosas.
muka baru bangun tidur |
Le tour de Hasil Ipoh singgah ke asrama untuk sampaikan sumbangan....
Kayuhan LHDN Ipoh yang menjelajah beberapa laluan sekitar Ipoh menjadikan asrama kami sebagai destinasi penamat sebelum pulang ke pejabat mereka tadi diketuai Timbalan Pengarahnya. Difahamkan besok mereka akan berkayuh hingga ke Rawang untuk penyerahan baton kepada LHDN Selangor pula..Dalam acara ringkas tadi diserikan dengan penyampaian sumbangan berupa wang dan baju kepada warga asrama ini....Terima kasih diucapkan.
Lawatan Amal UniKL- SMI
Tepat jam 10 pagi pelajar2 UniKL-Spanish-Malaysia Institut dari Kulim tiba di Tambun untuk lawatan amal seramai 40 pelajar dan 3 orang pensyarah termasuk seorang dari Spain. Lawatan ini mengambil masa selama 3 jam sahaja dengan acara permainan dalaman kerana mereka akan ke Teluk Batik pula selama dua hari di sana. Dalam pada itu pada jam 12 tghari datang pula para sepedawan Lembaga Hasil Ipoh yang buat warming up hari ini untuk Le Tour de Hasil mereka esok dari Ipoh ke Rawang...
Hampir jam 1pm majlis penutp diadakan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang ambil bahagian, kentucky sekotak seorang, dan sumbangan kepada asrama...seterusnya acara bergambar..
Queremos darle las gracias por esta visita, y esperamos que nos encontremos de nuevo en un futuro próximo......
taklimat dari akak hasanah |
taaruf |
bentuk kumpulan mainan |
merebut kerusi |
baling bola air... |
majlis penyampaian hadiah |
ucapan dari laura guru bahasa sepanyol |
bergambar ramai |
bergambar dg pensyarah |
Subscribe to:
Posts (Atom)