Pagi ini Ah Seng mula pasang jubin utk tangga dan koridor didepan homestay, katanya boleh siap dalam 3 hari..sekeping upahnya RM1.10 utk lebih kurang 500 kpg.
Balik dari sekolah pergi beli baju Naseh dan ambil Siti Sarah di sekolah Darut-Taqwa dia yang ada peperiksaan I'dadi untuk Ting 2 seluruh Perak.
Bila sampai saja dapat lapuran budak Tahfiz semua plug didapur utk frizer dan washing mesin tak ada karan. Telefon Cikgu Di guru letrik di Giat Mara Tambun minta datang petang selepas kelas dia, tengok apa sebab tak ada karan.
Lepas tu ada ada sebuah kereta Merc datang suami isteri bertujuan nak jemput anak2 disini ke majlis kenduri mereka di Bt 5 Tambun.
Kemudian sepasang suami isteri lain pula datang memberitahu mereka nak bawa makanan pukul 7 besok. Mereka pengusaha katering di Taman Perpaduan.
Lepas Asar datang Cikgu Di untuk periksa punca 4 plug didapur tak ada karan...hasilnya dikenal pasti main suis satu fuse jatuh kerana tak dapat tampung tenaga. Esok dia akan datang betulkan. Bila selesai kerja Cikgu Di, datang pula sepasang suami isteri katanya dari Kg Tersusun Bt4 Tambun rasanya pesara pegawai tinggi polis di Alor Star namanya Tn Khalid sebelum itu bertugas di PGA Ulu Kinta. Katanya amalan dalam perkhidmatan polis ini bila seseorang nak bersara dia akan ditukar ke tempat berhampiran kampung kelahirannya. Tapi beliau ni dah beli rumah di Ipoh, tapi pihak pentadbiran tak tahu lalu dia ditukar ke Alor Setar. Tujuan kedatangannya utk sampaikan zakat simpanan mereka.
No comments:
Post a Comment