Tengahari tadi ketika walid masih di sekolah ada panggilan dari Sdr. Khairi dari Maybank Ipoh bertanyakan jalan ke Asrama Dar'us-Salam kerana mereka dah terlajak sampai ke Giant...kebetulan walid pun tunggu masa nak balik dan beritahu mereka jalan yang sebenarnya patut mereka masuk sambil memandu pulang ada lagi dua kali panggilan yang sama...akhirnya sampailah juga mereka beberapa minit mendahului walid..bertiga rupanya mereka datang bertujuan untuk memberitahu program Maybank dengan beberapa asrama anak yatim esok di Padang Polo Ipoh dan bas mereka akan datang menjemput pada jam 7:00am dan diminta tunggu di pangkal jambatan masuk sebab bas tu mungkin tak boleh masuk...besok kira sambutan hari raya dengan anak2 yatim ler anjuran bank mereka...
Masa tu juga ada seorang pegawai polis wanita datang menyumbang beras dan berbual dengan ummi...dari Balai Polis Taman Chempaka.
Petang ni lori Inflow datang membawa kueh mueh...lama tak lihat sendiri lori ni masuk ke mari...hanya kotak kueh saja yang ada atas meja...
Selepas itu ada sebuah van masuk dan secara tergesa2 tuan van ni minta izin nak ambil anak2 ni untuk jamuan dirumahnya...walid masa tu nak vacum dewan kerana malam ni akan digunakan jadi walid suruh dia berbincang dengan ummi...keputusannya malam ni boleh sebab ada anak2 di sekolah agama rakyat yang belum balik sementara Sarah dan Basirah di ambil Pak Uda Sarah untuk dihantar ke Sek Idrisiah yang ada ujian kelayakan besok...
No comments:
Post a Comment