Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, October 1, 2011

Hari ini seawal 7:18am anak2 kami telah dijemput bas sekolah untuk ke Padang Polo mengikuti program anjuran Maybank tapi kejap tadi ummi terima panggilan dari drebar yang suruh Danial bertanya program tu dimana sebenarnya kerana drebar India ni dah bawa mereka kepadang DR tengah bandar Ipoh..tak faham...jadi walid maklumkan kepada Sdr Khairi pegawai Maybank yang datang semalam mengenai bas yang tersasar ini...

Pukul 8:05am datang sebuah kereta Nazaria dipandu seorang wanita katanya dari Bandar Baru Tambun...datang untuk menyampaikan baju2 terpakai kiriman kenalannya dan sumbangan wang peribadinya..Beliau ini bekerja di CIMB Ipoh dan terkejut dengan perubahan yang berlaku kerana dia pernah datang ke sini dua tiga tahun lepas....

8:20am Makcik Yong tawkeh nasi lemak Tm. Tambun datang...menceritakan kesian melihat Ikin yang lari dengan Iwan abangnya dari asrama ini kadang2 kelihatan bekerja kat kedai buah cina pekan Tambun ni...Tak sekolah....Apa nak buat kan...ini bukan kali pertama budak Iwan tu lari...Emaknya orang Indon PATI..

Jam 10:00 sepasang suami isteri dari Tm. Seri Tambun datang untuk bertanyakan apa bentuk sumbangan barang yang boleh diberikan...kemudian mereka menyampaikan sumbangan infak wajib suami yang baru bersara dari 23 briged dan sekarang ini sedang berkursus letrik di Giat Mara Tambun...Bila walid tanya kenal tak dengan Cikgu D..dia kata memang berkursus dengan Cikgu D..Walid kata kerja pendawaian di asrama ni kebanyakannya dilakukan oleh Cikgu D..Oo katanya..Kalau ada apa2 masalah letrik nanti bolehlah minta tolong sebab Tm. Seri Tambun hanya belakang asrama ni sahaja...isteri mencelah panggil jer guna no tel yang dicatat dalam buku lawatan.

Jam 11am Ustzh Sharifah guru KAFA yang mengajar anak2 ni di Sek Agama Rakyat datang menyampaikan wang kiriman kawannya kepada ummi untuk diberikan kepada anak2 penghuni asrama ini....

Jam 12pm anak2 ini balik dari Padang Polo masing2 dibekalkan dengan polisterin berisi nasi dan air botol..


No comments:

Post a Comment