Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, July 19, 2012


GAMBAR-GAMBAR LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND

Saturday, July 7, 2012

Ya Allah ketemukanlah kami dengan Ramadhan...

Saturday, May 19, 2012

Hari ini sejak pagi lagi anak-anak ini ada program. Pertama jam 8:30 Cikgu Syuhada datang dari Sekolah Taayah untuk mengajar bahasa Inggeris..Kemudian jam 11:30 kami dikunjungi oleh para siswa siswi dari Uni KL-BMI yang datang dengan dua buah bas untuk Program Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) buat kali yang ketiga berturut-turut...Sir Roy masih setia menjadi guru pengiring bersama Cikgu Sal yang kali pertama datang. Aktiviti  yang dijalankan oleh siswa siswi kali ini adalah pelbagai kerja gotong royong menceriakan asrama lelaki dan perempuan  disamping acara sukaneka untuk anak-anak di sini... 

Menurut Sir Roy peserta kali ini kebanyakannya baru selesai menjalani peperiksaan semalam...dan terus datang ke sini untuk turut serta dalam program ini, sebelum balik bercuti kerumah mereka..

Si Hisyam menjadi tumpuan siswa siswi kerana kelincahannya seminit pun tak dok diam...orang main bola dia ikut sama main dengan abang-abang siswa macam budak remaja lagaknya. Apa jua aktiviti dia mesti join sama..Tapi kelebihannya pun ada tak boleh dinafikan iaitu tak takut sama angsa sedangkan ada dua tiga orang abang-abang dan kakak yang lari lintang pukang takut disudu angsa.....

Makanan hari ini datang mencurah-curah...selain masakan Makcik Nah yang ditempah untuk program Opkim ni..Pakcik Anjang datang menghantar berbungkus-bungkus aneka jenis makanan..kemudian datang pula pelajar dari Politeknik Ungku Omar menghantar bungkusan polisterin kerana kunjungan MB Perak di sana yang dijangka akan dihadiri dua ribu orang hanya seribu yang datang...Kebanjiran makanan kok...

Tunggu gambar yang akan dikirim oleh siswa UniKL.....


Saturday, March 17, 2012

Hari ini merupakan hari yang ke 22 selepas pembedahan bypass walid..dan hari ni walid cuba datang untuk kali pertama selepas keluar dari IJN ke asrama anak2 yatim untuk melihat pembinaan fasa 1 yang dah sampai ke peringkat pemasangan bumbung. Datang dengan ummi dan angah, angah hari ni half day praktikalnya di Etiqa Takaful...Paklang dan maklang ikut sekali...Anak2 yatim yang tinggal tujuh semuanya telah diambil oleh Datin Smadiyah ke rumahnya...dengan acaranya sendiri. Datin bawa ke JayaJusco shopping dan malam ni ke Masjid Jalan Diary ikuti pengajian disana. Mereka yang 7 ini tidak pulang bercuti tapi yang lainnya pakat balik belaka.

Rasanya cukup dulu setakat ni coretan ini mengambil peluang menggunakan talian internet yang ada di asrama ini dan angah pun dah ready nak hantar....

Wednesday, February 22, 2012

Rupanya Dr. Rais ada panggilan dari HKL untuk pembedahan kes emergensi seorang pesakit kanser di sana . Jam 10 pagi tadi beliau datang kebilik walid untuk memberitahu walid kenapa kena tukar ke hari Jumaat pagi. Sepatutnya walid akan dibedah  Khamis sebelah petang katanya. Lagi katanya, kes kencing manis walid dah ok dan terkawal begitu juga tekanan darah. Jadi diharap gout dan demam tidak ada sehingga Jumaat ini...in sya Allah...

Selepas itu datang seorang ahli Kelab Rakan IJN namanya Venugopal yang rasanya dah hampir 90 tahun, datang memberi semangat kepada walid dan pesakit2 yang menunggu pembedahan. Dia dulunya juga pesakit jantung tersumbat dan menjalani pembedahan bypass pertamanya di India kerana masa itu IJN belum ada dan bertahan selama 5 tahun kemudian sekali lagi jantungnya tersumbat dan kali ini buat di IJN sampai sakarang dah 25 tahun..Amalkan gaya hidup yang sihat, makan ubat seperti yang disyorkan dan amalkan senaman seperti walking sejam setiap hari..dan turunkan berat badan hingga 50 kg. Anda akan sihat dan panjang umur. Jangan takut untuk buat pembedahan di IJN ini kerana mereka setiap hari berdepas dengan tugas ini dan mereka adalah pakar, katanya.. Yang penting selepas pembedahan ini jaga makan minum dan ubah gaya hidup kepada yang pentingkan kesihatan...nasihatnya...untuk walid dan ummi.

Tuesday, February 21, 2012

Walid masuk IJN KL semalam jam 2.30 petang Hari Isnin ditempatkan di Wad A2 Zon 1. Ikut jadualnya  pembedahan bypass akan dibuat pada Khamis ini..Mr Rais pakar bedah yang akan mengetuai teamnya datang jam 9 pagi dan minta walid banyak berjalan atau gerakkan kaki selalu untuk memastikan urat betis yang akan diambil  untuk bypass itu berkualiti dan kembang bagi dipasang di jantung nanti. Pesakit yang sebilik dengan walid seorang keturunan India sudah 8 hari di sini dan belum dapat tarikh. Dia adalah Mr Jo al/ Cheniah dari Rawang beumur 63 tahun pesara guru tapi bukan sakit jantung sebaliknya paru2nya bengkak. Tengahari tadi Hj Jamaluddin turun dari tingkat 4 menziarahi walid sebelum discharge setelah menjalani angiogram semalam. Selepas itu kakak dan abang ipar walid Hjh Indon dan Hj Zahir datang ziarah.Tapi petang tadi Dr Minoru (Jepun) datang memberitahu perubahan jadual, membatalkan tarikh 24 ni ke 25 Jumaat tapi itupun KIV katanya kerana OT penuh buat masa ini dengan para pesakit yang akan menjalani pembedahan...


mr jo
Anak yatim dijaga oleh paklang dan Fazlan anak paksu dari Guar Chempedak...Pembangunan fasa 1 sedang rancak berjalan dan kita menjalinkan hubungan kerjasama dengan SMAD (Srati Men.) untuk menerima beberapa orang anak yatim kita belajar di tingkatan 3 dan ambil PMR tahun ini. Mereka dihantar oleh Fazlan ke Srati mulai Isnin semalam.

Line internet di IJN ni pun bukanlah bagus sangat...lambat.

Wednesday, January 25, 2012

Jam 11:00 pg tadi Selasa, walid daftar masuk wad Kenanga tingkat 3 IJN dan dapat bilik single no 2. Kami sekeluarga datang dari Ipoh jam 4:45 hari Isnin dan menginap dia Hotel Putera juga., untuk mengelak dari kesesakan selepas cuti raya Cina. Sebaik saja masuk bilik tadi untuk meletak barang terus saja dibawa kebilik rawatan untuk ambil bp, darah dan suhu badan..Kemudian Dr. Rais Pakar Bedah datang menemui walid dibilik 2 untuk memberitahu masalah buah pinggang yang katanya agak teruk berbanding waktu discharge baru2 ni...dan dia nasihatkan minum air 2 liter sekurang2nya untuk hari ni sebab esok jadualnya ialah buat ultra sound untuk buah pinggang...petangnya walid dipanggil pula oleh Dr. Jepun lupa namanya apa entah katanya dia adalah team Dr. Rais dan telah melihat hasil angiogram yang ada 3 sumbatan pada pembuluh darah dan menerang baik buruk pembedahan serta urat gantian yang akan diambil pada betis dan dada...Elok dibuat secepat mungkin katanya kerana bila umur meningkat jantung pun lemah dan risikonya besar...kalau dibuat sekarang mungkin risikonya 3% tapi apapun bergantung pada kidney yang akan dicheck esok...Masalah yang timbul sekarang ialah gout yang menyerang lutut walid hingga kaki tak boleh dibengkokkan....

Wednesday, January 18, 2012

Lama betul tak berkesempatan menulis enteri baru dalam blog ini kerana walid berehat di rumah Ulu Kinta yang  liputan internetnya terlalu terhad menggunakan broadband Digi. Tengahari ini terpaksa datang ke asrama bila dapat panggilan dari Kak Izzah yang mengajar di sana melapurkan waterpump tak berfungsi..maka walid terpaksa bergegas kesana walaupun berjalan berjengket2 kerana serangan gout subuh tadi...pagi ini jam 9:00 lebih kurang Hj Alias dan isteri Pn. Nor datang ziarah walid sekejap...

Sebaik kami sampai asrama anak yatim..tiba2 ada Myvi oren dibelakang meng"hon" kat kami..rupanya Kakcik walid Hjh Indon dan suaminya Hj Zahir mengekori kami...mereka dari KL dah singgah ke rumah kami tapi kata mereka gatenya berantai...lalu datang singgah diasrama...sekejap pun sambi beli sebotol lagi minuman sarang burung walit yang nampaknya ada kesan positif kata kakcik....

Setelah mereka balik barulah walid tinjau apa masalah waterpump...main swis ok dan semua plug ok..bila check pada wayar waterpump ada bekas gigitan tikus...dan bila minta tokwan keluarkan waterpump dari bawah dapur dan buka covernya....wah tikus buat sarang dan dua ekor tikus munduk lari lintang pukang keluar...rupanya buat sarang untuk beranak kut...penuh dengan kertas dan tuala...dua wayar telah luka teruk digigit...mungkin itulah puncanya kerana pump jenama Hitachi ini tak ada masalah langsung, dah lama kami gunakan...

Kebetulan Ah Khean kontraktor yang buat projek kami sampai untuk ambil 10% bayaran..dan bila dia tengok walid terhencot2 keluar dari dapur dia menawarkan dirinya untuk menghantar waterpump ke Ipoh untuk di repair...you kena rehat banyak2, katanya..Apapun walid suruh dia beritahu kepada taukeh TG Machinery..ini pump anak yatim Tambun...dan bagi satu kad kepadanya untuk dia hubungi kami...

Lepas tu walid dan Kak Izzah pergi keruma Makcik Som untuk ambil lauk masakannya...

Sebentar tadi walid terima panggilan dari IJN yang mengingatkan tarikh masuk wad dan perlu bawa pakaian dan peralatan untuk 10 hari katanya dan walid pun maklumkan sakit gout yang menyerang pagi ini dan dia akan maklumkan hal ini kepada Dr. Rais Pakar Bedah yang akan mengambil kes walid ni....kerana itu pesanan Dr Rais sendiri haritu..kalau ada sakit seperti demam dan gout beritahu dia kerana pembedahan boleh ditangguhkan ke tarikh lain untuk elak komplikasi...


Friday, January 6, 2012

Ni baru saja balik dari Kuala Kangsar dengan angah dan ummi untuk menghantar tudung kepada Sarah, Basirah dah Ati di sekolah baru masing2..walid ikut sama sebab nak singgah hospital K,Kangsar...nak check darah....tapi dah terlebih jam puasa pulak maka kena tunda ke esok sebab result nanti akan keluar normal belaka kata kawan dibahagian patologi tu....

Petang ni dalam pukul 5:20 gitu abang walid Paklang D, maklang dan menantu depa datang ziarah walid dirumah Tanjung Perdana...rumah yang jarang didiami oleh kami kerana banyak duduk dengan anak yatim...tapi kerana walid perlu berehat dengan tenang maka rumah ni jadi wad vip lah kononnya...Paklang D dok tanya lagi tadi, nak operate jugak ka? Walid senaraikan kat paklang D, ubat hospital, Homeopaty, makanan sunnah seperti minyak zaitun extra virgin ..khal kurma..madu Yaman world class..jus manggis tambah lagi makanan Herbalife...semalam jumpa satu lagi jus ubi beet merah yang mengikut kajian terkini boleh meluaskan saluran darah..itu ikhtiar manusiawi...kalau kena bedah juga maka bedahlah.....  

Thursday, January 5, 2012

Sudah beberapa hari tak update laman ini sejak dari Jumaat minggu lepas setelah dijalankan angiogram..kerana disuruh berehat dan dilarang banyak menggunakan tangan takut darah memancut kalau tertanggal plaster maklumlah katanya urat nadi bukannya urat biasa...walid pun ikutlah nasihat tu dan berehatlah sejak balik tu kebetulan tak boleh berjalan pula kerana komplikasi gout dan modem tmnet pulak tak berfungsi mungkin terkena kilat agaknya semasa kami di IJN,,,,,,apa nak buat...Ni guna broadband DG adik Iffah punya dia tak pakai sebab tengah periksa ni..very lousy...tak sampai seminit dah tak ada signal...kena connect lain sesaja...coverage lemah..mungkin lokasi di rumah kami di Ulu Kinta ini jauh dari pemancar...

Sekarang walid dan ummi datang sekejap keasrama untuk menghantar telur satu tray dan benda lain untuk sarapan pagi esok disamping nak ambil kak Izzah yang balik dari UIA Maghrib tadi..Hari ini anak2 ini puasa dan segala urusan mereka diuruskan oleh angah...dia menjadi pengurus sekarang ini setelah walid dan ummi kena berehat