Malam ini walid dapat panggilan dari MB jam 9:45pm katanya ada hal penting nak jumpa walid dan dia dalam perjalanan ke asrama -in sya Allah- dalam 5 minit saja lagi akan sampai. Rupanya mereka datang bertiga, selain MB sendiri ialah Tn Hj Rais Tim Pengarah Jab. Mineral dan Geosains dan Sdr Rashid orang kuat Syrkt Belati Wangsa. Semua ini adalah aktivis kerja amal yang tak reti duduk diam. Apa tujuan? MB bagitau ada satu projek pembinaan saliran membabitkan longgokan tanah yg banyak. Katanya berdasarkan risikannya kita boleh memohon untuk mendapatkan sedikit dari tanah tersebut untuk kerja menambak di asrama ini dan ada pihak yang menyuruh draf surat untuk tujuan tersebut. Perkara ini perlu tindakan segera dan kalau boleh surat tersebut akan diserahkan kepada pihak terlibat esok, kata MB dan disokong oleh Hj Rais dan Sdr Rashid. Lalu walid minta angah taipkan satu surat permohonan kepada pihak terbabit memohon 12 lori tanah dengan kos yang akan ditanggung oleh pihak pemohon. Sebagai seorang kontraktor Sdr Rashid banyak menerangkan langkah seterusnya sekiranya permohonan diluluskan, lori berapa tan perlu disewa disamping back pusher untuk menolak dan meratakannya.
Seronoknya mereka duduk berbincang dimeja bawah pokok jambu yang dihasilkan anak2 yatim. Suasana sejuk dan nyaman kata Hj Rais. Seterusnya MB serahkan RM800.00 untuk daftarkan Amirul yg sudah 17tahun, utk belajar memandu untuk berkhidmat di asrama ini...Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment