Hari ini walid ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh ditemani ummi. Tepat jam 9 pagi kami sampai dihantar Maryam on time seperti tertulis diatas kertas dan diminta berada di kelinik pakar-pakar. Rupanya orang dah penuh sesak diruang menunggu dan dapat no giliran 7135. Sebenarnya bersiap kitanya pukul 8 dah kira ok sebab hospital dekat jer...Bila tanya orang sebelah bila sampai? Pukul 6 sudah sampai sebab masalah besarnya nak dapatkan parking.
Sebab utama pergi kesitu kerana kandungan gula dlm darah tinggi, minta tukar dari tablet kpd insulin...jadi doktor IJN suruh rujuk ke hospital terdekat untuk dapatkan benda tu supaya senang dimoniter..tak payah berulang alik ke KL hanya kerana itu. Pukul satu lebih baru balik kerumah.
Izzati anak yatim kami yang ambil PMR di Sekolah Idrisiah dapatlah 2A 5B 1C dan BI dapat D. Inilah antara anak yatim kami yg tak pernah sekolah kebangsaan kerana tak ada surat beranak dan hanya mula belajar bila masuk asrama anak yatim kami dan kami tolong uruskan hingga dapat surat beranak mereka tiga beradik dgn penuh kesulitan birokrasi jpn dan keegoan individu pejabat penghulu terbabit yg meroyan tiba2 dan menghempas seberkas fail didepan ummi kerana geram kpd keluarga Si Izzati 3 beradik ni...Baru kita tahu begini rupanya bentuk pentadbiran dan pengurusan peringkat bawah yg terpaksa dialami oleh orang kampung...Pendatang asing boleh dapat kerakyatan dg mudah berbanding anak watan. Kena cari siapa bidan? Dah mati! Cari siapa pembantu bidan?Tanya sana sini jumpa rumah dekat ceruk mana entah..bila sampai dan bagi salam buka tingkap sikit saja utk laluan suara bila ditanya dua tiga soalan tentang kelahiran bebudak ni...tutup tingkap kaunter dg kata aku tak mau subhat...aku tak mau masuk neraka.....Siapa ketua kampung masa tu..dah mati..kena tanya ketua kampung yg ada sekarang. Arwah tok wan depa saya kenai lah..bila depa beranak?macam2 mana itu saya tak tau la..pasa saya pun baru ja depa lantik jadi ketua kampung..tak berapa tau cerita!!!!! Birokrasi yg keterlaluan...Ummi sorang yang sabar ulang alik dari Ipoh ke JPN Parit Buntar dan masuk ceruk kampung utk cari saksi yang diminta JPN. Dan hampir nak kena pergi ke Putrajaya. Agaknya kerana ini ibu jari orang mati disimpan di India...senang cop pada borang bila berurusan.....
No comments:
Post a Comment