Hari nie 29/12 adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup izati kerana diterima masuk belajar di sekolah antik...sekolah agama diraja yang pertama di negeri Perak iaitu MADRASAH IDRISIAH (MADID) kuala kangsar... pagi nie, umi,angah,k.ifah, dan imah pergi menghantar izati mendaftarkan diri di Idrisiah...Idrisiah mempunyai tradisinya yang tersendiri dimana pelajar2 tingkatan 1 dikuarantin dan tidak dibenarkan ibu bapa penjaga menemui mereka selama 44 hari....sepanjang minggu orientasi ini mereka akan menghadapi program yang padat sebagai persediaan untuk membina keperibadian dan sahsiah pelajar....itulah amalan setiap tahun bagi sekolah ini....untuk pengetahuan,,kak izah dan angah adalah bekas pelajar Madrasah ini....
diharap ianya dapat menjadi perangsang dan pembakar semangat kepada anak-anak yatim yang lain untuk terus berusaha...kami ada lagi sorang pelajar yang tidak diterima masuk di sekolah ini iaitu tok wan(izwan).. walau bagaimanapun kami akan usahakan agar dia dapat belajar di sekolah yang sama atau di sekolah asrama yang lain.....
GOOD LUCK IZATI...! ALL THE BEST....