Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, December 10, 2010

Sarapan pagi yang beraneka...

Semalam Khamis, hari puasa sunat. Dan beberapa jam sebelum berbuka isteri Dato' Azumu Tambun telefon untuk menghantar murtabak buat anak-anak yatim berbuka. Sementara itu abang kandung ummi paklang Nordin datang tengahari kerana ada sedikit urusan disamping menjenguk anak-anak yatim. Ummi pula sejak pagi lagi merancang untuk masak kari ikan bawal, untuk berbuka kerana anak-anak ini memang sukakan masakan ummi. Bila waktu berbuka tiba, hidangan tersedia kari ikan bawal, kerabu timun, sambal belacan dan papaddam dan murtabak pun sampai..murah betul rezeki anak-anak ini . Oleh kerana itu kami berbuka dengan nasi sementara murtabak dijamu selepas solat Isya' kerana selepas Maghrib ada tahlil.
Pagi ini pun sekali lagi berlaku pergelutan rezeki antara meehoon, murtabak baki semalam,  nasi lemak dan kuih muih yang dihantar oleh hamba Allah yang telefon sejak pagi lagi bertanyakan bilangan anak yatim disini.
Paklang pula nak jamu ayam untuk makan tengahari dan malam. Tengahari kari ayam dan untuk malam ayam bakar stim menggunakan dapur baru tuuuu...
baca bismillah ke tak ni....
bersilang tangan...menjamu selera


adoi..penuh mulut udin....
wan budak baru...conquer murtabak...nala yerke..

No comments:

Post a Comment