Hampir terlupa...sebelum pergi ke UIA, pagi tadi kami dikunjungi Hjh Zai atau kak Zai yang baru pulang dari mengerjakan haji..Datang berdua dengan anak perempuannya. Kak Zai ni rumahnya di Tmn. Seri Tambun belakang asrama ni jer..dan memang prihatin benar dengan anak yatim ni..semasa di Makkah katanya sentiasa teringat anak yatim ni...selalu berdoa untuk mereka. Kak Zai bawa kopiah seorang satu dan yang perempuan pula dapat oleh-oleh juga, gelang dari Makkah..disamping itu sebotol besar air Zam-Zam dan buah-buahan...
Kepada anak- anak yatim, Makcik Zai adalah orang yang amat ambil berat tentang mereka. Jamuan untuk mereka selalu dihantar biasanya jamuan makan tengahari atau laksa diwaktu petang. Kalau makcik Zai masak budak-budak ni tahu mesti ada masak tumis udang besar dan satu lagi yang tak pernah dilupai ialah buah tembikai.
Kalau ada jemputan untuk anak-anak yatim dari Tmn. Seri Tambun dekat sini, itu adalah hasil sentuhan makcik Zai dan suaminya Hj Shahani, sebab mereka ajk surau taman yang mula mencadangkan majlis untuk anak yatim disurau itu dan sekarang ini bila ada majlis kenduri atau apa-apa, anak-anak yatim akan dijemput dan dilayan dan disambut sebagai tetamu dikhemah khas. Inilah antara kepekaan dan sumbangan Makcik Zai dan Hj Shahani...Terimakasih buat mereka..semoga mendapat Haji Mabrur...Amin.
No comments:
Post a Comment