Hari ini, Pak Lang datang menyambung kerja mengalih lebihan pasir bersama anak-anak di sini. Hari ini tetamu agak ramai dari kebiasaan. Pada jam 10 pagi, kami didatangi oleh kawan umi untuk membayar zakat, selang 2 jam Su datang membawa 500 keping kalendar minta umi jualkan. Lagi 500 keping telah didarkan oleh Su sendiri. Inilah cara yang dapat Su sumbangkan untuk asrama ini katanya. Sebelum solat Jumaat Mak tiri Danial (ketua umum kami) datang menjenguk Danial bersama Abahnya. Masa tu Danial tengah siap-siap nak pi masjid. Danial dan kawan2 seperti biasa berjalan kaki ikut jalan kampung. Abah Danial pecut kereta. Tujuan mereka datang pasai ada orang nak sponsor sukaneka untuk tahun depan, jadi mereka nak butiran anak2 di sini. Mak Danial ni orang pertama yang tengok kalendar dari Su. Jadi dia pun beli la 1 keping dengan harga RM5 sebab nak gantung gambar Danial di rumahnya. Pada Jam 6.30 kami menerima 1 lagi kunjungan dari orang Bt6. Kesian depa ni... sesat sampai kebun limau cina. Lama sembang dengan ummi, simpati dengan nasib anak2 ni. Seronok tengok anak2 ni riang di musim cuti panjang tanpa mak ayah berada di sisi. Depa kata tenang dengan suasana kat sini. Ummi pun mula la promote kalendar kat depa. Laku la jugak..
KALENDAR ANAK YATIM RM5 SEKEPING!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment