Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, December 31, 2010

Kak Iffah masuk asrama baru USIM

Pagi semalam Khamis, kira-kira pulul 10 pagi kami bertolak ke Nilai untuk menghantar kak Iffah mendaftar masuk ke asrama dalam kampus USIM yang baru saja siap. Sebelum ini kak Iffah dan siswi lain ditempatkan diasrama luar yang jauh jalan menuju ke Nilai 3 tempat membeli belah tu..yang dipanggil NILAM. Setelah siap bangunan baru mereka diarahkan berpindah kedalam kampus.
Gambar-gambar semalan dalam kampus.......


blok B asrama kak Iffah






kak Iffah tunggu kawan nak serah kunci



bangunan kuliah angah ekonomi dan muamalat


kuliah kak Iffah

bangunan kuliah kak Iffah dari depan

nampak tak lambang Quran atas bangunan tu..tulah kuliah kak Iffah







asrama lama kak Iffah

Lepas semua urusan selesai, perutpun terasa lapar kami singgah makan dikedai baru dibuka di Bandar Baru Nilai tempat walid makan dengan kawan-kawan masa duduk dihotel baru-baru ni..


sedang tunggu makanan



ummi rasa teh arab
ni dia nasi arab kambing dan ayam

apa rahsia teh arab???
buah pelaga campur pudina...

Wednesday, December 29, 2010

Izati dapat masuk Idrisiah

Hari nie 29/12 adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup izati kerana diterima masuk belajar di sekolah antik...sekolah agama diraja yang pertama di negeri Perak iaitu MADRASAH IDRISIAH (MADID) kuala kangsar... pagi nie, umi,angah,k.ifah, dan imah pergi menghantar izati mendaftarkan diri di Idrisiah...Idrisiah mempunyai tradisinya yang tersendiri dimana pelajar2 tingkatan 1 dikuarantin dan tidak dibenarkan ibu bapa penjaga menemui mereka selama 44 hari....sepanjang minggu orientasi ini mereka akan menghadapi program yang padat sebagai persediaan untuk membina keperibadian dan sahsiah pelajar....itulah amalan setiap tahun bagi sekolah ini....untuk pengetahuan,,kak izah dan angah adalah bekas pelajar Madrasah ini....
diharap ianya dapat menjadi perangsang dan pembakar semangat kepada anak-anak yatim yang lain untuk terus berusaha...kami ada lagi sorang pelajar yang tidak diterima masuk di sekolah ini iaitu tok wan(izwan).. walau bagaimanapun kami akan usahakan agar dia dapat belajar di sekolah yang sama atau di sekolah asrama yang lain.....
GOOD LUCK IZATI...! ALL THE BEST....
berikut adalah sebahagian dari gambar yang sempat dirakamkan tadi....



dalam asrama atie....

tgh kemas barang2 atie...

imah pon tolong kakak dia jgk...

makan tengahari kat medan selera....

banyaknya imah makan....ish..ish...

larat ke tu.....

k.ifah ngan imah dpn masjid ubudiah....

background idrisiah pulak....

bergambo kat meriam dpn masjid....

cantiknye masjid ubudiah....


gambar kenangan ngan izati....

bersalam buat2 nie...

nak naik kete pegi anto atie kat idrisiah pas solat zohor..

atie bersalam ngan umi.....

ciuman perpisahan....

k.ifah pesan ape laa tuu....

umi tak abeh2 bagi nasihat dan pesanan.....

Tuesday, December 28, 2010

ronda-ronda

 Selepas antar kak izah ke uia, kami ke Sepang singgah amek barang walid...dalam perjalanan tu, sempat la rauf cuci mata tgk KLCC di malam hari...cantik katanya.... on the way balik dari Sepang, kami melalui hiway KLIA...jadi alang-alang dah lalu kami singgah KLIA pulak sat...nak tunjuk kat rauf lapangan terbang antarabangsa nie... pak imam kami nie mempunyai hasrat yang tinggi untuk hafal quran dan pi Yaman suatu hari nanti...insya' ALLAH...sama-samalah kita doakan.....

KLCC dan KL Tower di malam hari........


Pesawat baru mendarat kot....


laluan tren dari balai berlepas ke kapal terbang

seronok pak imam.....


belakang tu KLIA 

pesawat MAS dalam negeri....



pintu masuk ke balai perlepasan

kapal terbang baru landing.....