Hari ini Jamal dan adik2nya balik dijemput ibu mereka untuk balik Kulim..Udin sudah terlebih tarikh untuk buat Kad Pengenalan, sekarang ini nak buat kad pengenalan mesti ada waris...Ibu mereka datang dengan van PLKN katanya tapi oleh kerana ada hal van tak dapat masuk kemari...
Sebelum itu ada satu keluarga datang ziarah di sini diketuai oleh Cikgu Suhael orang Johor yang berkahwin dengan orang Ipoh..menurutnya adik iparnya yang belajar di SBPI Gopeng pernah datang berbuka di sini tahun lepas...
Menyusul kemudiannya Cikgu Hanif dari Tm. Golf datang untuk mendapatkan lagi Minuman Sarang Burung Walit yang katanya mujarrab...beliau mahukan dua botol untuk dibawa kepada anaknya di KL tapi sayangnya kami telah kehabisan stok dan sedang menunggu dari Perlis..In sya Allah akan sampai hari Jumaat depan....
Pada pukul 4:00 ada dua orang tetamu datang dari Manjoi bertemankan seorang budak lelaki Kg Baru yang menjadi penunjuk jalan setelah mereka tersesat mencari lokasi asrama ini....Kedua2 tetamu ini datang bertujuan untuk menyumbang wang....
Sebelah petang pula jam 6:30pm ada satu keluarga datang mengadakan jamuan petang untuk anak2 ini...
|
ummi sdg berbual dg tetamu |
Malam ni pula walid diziarahi oleh Cikgu Zafran yang nak balik Kelantan malam ni kemudian disusuli beberapa kawan yang akan menjalani temuduga esok...Sdr Zafran baru melangsungkan pernikahannya baru2 ini dengan bakal guru dari Kelantan juga...
Tetamu kami yang terakhir malam ni ialah Paklang Nor sekeluarga datang dengan Dr Azwa anak saudara kami yang bertugas di Hospital Kangar untuk ziarah walid..ambil bp dll...