Sekitar jam 12:00 tghari tadi ketika walid menanti dua pelatih dari giatmara Tambun membaiki punca black out malam tadi setelah kami balik dari KL, rupanya berpunca dari percikan api pada kabel letrik yang luka...ketika itu walid telah diserang sakit jantung tiba2 membuatkan rasa gelap mata dan pandangan menjadi jerubu dan walid terpaksa berjalan untuk masuk kebilik dengan memegang dinding nak elak dari terjatuh..untuk mendapatkan ubat bawah lidah..setelah meletakkan tiga biji dan berbaring dikatil beberapa minit baru rasa lega...kiranya inilah pengalaman pertama merasa bagaimana serangan jantung berlaku...Ummi tak perasan apa berlaku pada walid kerana asyik melayan tiga orang tetamu masa tu walaupun walid melintasi depan mereka untuk mendapatkan ubat bawah lidah..Sepatutnya ketika keadaan sebegini berlaku kena pergi ke hospital berhampiran...tapi bila rasa lega setelah ambil tiga biji ubat bawah lidah dan berehat agak panjang..sakit dada pun hilang tak jadi pergilah ke hospital Ipoh sebaliknya nak terus ke IJN kerana walid dijadualkan masuk wad jam 2:00ptg Khamis oleh Dr. Azmee Md Ghazi yang akan melakukan angiogram hari Jumaat ni...
Jadi bertolak lah kami jam 7 ptg...dan sampai di IJN jam 9:30..masuk Kecemasan jam 10:00 kemudian masuk wad jam 1:00 pagi....lamanya sebab fail walid berada dibilik pendaftaran yang berkunci terpaksa mencari jaga untuk membukanya kata jururawat yang bertugas di bilik kecemasan tu....Mulanya angah ikut sekali dengan ummi ke wad walid ditempatkan tapi setelah fikir dia mengambil keputusan untuk balik ke Nilai jam 1:40a.m. Sebaik masuk saja dah datan nurse timbang dan sukat kemudian datang sorang lagi untuk ambil suhu badan dan bp...Angah pun beredar keluar selepas mengambil kerusi malas untuk ummi...dalam bilik kami dah ada seorang pesakit lain yang tidur tak sedar apa2...
No comments:
Post a Comment