Angah balik malam tadi sampai sini hampir jam 12:00..kereta banyak katanya ditambah pula dengan hujan dibeberapa tempat....
Pagi ini sepatutunya anak2 ni ada jemputan, bersiaplah semuanya tapi tunggu punya tunggu tak ada siapa yang datang jemput....nak hubungi siapa pun tak tahu sebabnya ketika orang yang berhajat ni datang tempohari walid dan ummi berada diluar,, maklumat yang kami dapat dari Ustzh Zaharah, ada orang akan ambil budak2 ni hari ......jam.......Maka Si Sarah yang dah bersiap sakan menunggu orang datang menjemput kata kat ummi, boleh tak kita tulis besar2 katakan: Kami Anak2 Yatim Kena Tipu!!
Yang datang pagi ini beberapa orang yang nak ziarah walid dan cina Ah Kean kontraktor yang nak bangunkan projek fasa 1....jengkaut datang korek lubang untuk tapak tiang...
Jam 5:30ptg anak2 ni dijemput untuk satu jamuan di perumahan Sunway City....itu pun dengan hati yang dah tawar kerana sepatutnya jam 4 petang mereka dijemput...Terlewat kerana ada hal kat masjid kata Kapten (B) yang jemput mereka...jumlah mereka makin kecil kerana Basirah dan Nurul adiknya dijemput mak mereka balik...
Lepas solat Isya' ada lagi jemputan makan kali ini di Bercham kerana kenduri masuk rumah baru tokeh pakaian bundle...
Yang datang menghantar makanan kenduri pula ada dua orang...tak boleh terima reason kita...kami dah niat ni kena hantar juga lah...walaupun ummi kata anak2 ini tak ada kat asrama sekarang..ada jemputan kenduri..nak hantar juga sebab dah niat...pesan lagi, nasi tu kena panaskan ye takut basi...Yang sorang lagi pun gitu juga hantar nasi kenduri kahwin dipek dalam polisterin....kita panjangkan sedekah dengan sedekah kepada siapa yang datang...
Angah punya kerja pula cas bateri kereta antik walid yang baru diambil dari bengkel minggu lepas,,,sekarang ini dia tak ada, keluar ke rumah makcak promote Herbalife makanan kesihatan kepada kakak sepupunya...setelah dia berjaya turunkan berat badannya 6 kilo...

No comments:
Post a Comment