Pagi tadi sekitar jam 9:19 ummi terima panggilan dari pihak Hospital Raja Bainun yang minta datang untuk mengambil surat IJN dimana walid diminta ke sana 27.12.11 akan datang. Jam 10:30 kami sampai di wad 7B untuk berjumpa dengan yang call..bila terpandang walid terhencot2 jalan...sister India tu marahkan ummi..kenapa suruh dia datang...hang datang sorang sudahla...dia kena rehat...Ummi ada lesen tapi tak pernah memandu...Nak balik tu singgah kejap di farmasi untuk ambil ubat bawah lidah yang baru bagi walid..tak pernah guna pun...tapi bila dah dikatakan jantung bermasalah semua tu dibekalkan....
Masa di hospital juga walid terima panggilan dari pemandu bas UTP yang nak jemput anak2 yatim jam 12:30 kerana ada program penyampaian baju sekolah di sana..Ini kali pertama bagi dia nak datang asrama jadi walid kena tunggu dia ditepi jalan besar...Sebentar tadi mereka bertolak diiringi oleh ummi,,,maka tinggallah walid seorang...melihat beberapa orang pekerja India memasang cerucuk konkrit...
Sebaik saja masuk pukul 4 bapa Wan Dut datang dengan pakciknya untuk mengambilnya pulang diikuti dengan kedatangan kakak sulung walid bersama anak dan menantunya untuk ziarah walid...walhal ummi dah maklumkan kepada anak sedara walid supaya datang esok sebab ummi nak ke UTP mengiringi anak2 yatim ni...
Jam 5.30ptg barulah muncul bas UTP sampai kelaman menggunakan bas pendek...masa datang tadi bas panjang...tak dapat melalui jambatan sungai...

No comments:
Post a Comment