Sebelah petangnya pula kawan kak Iffah yang baru balik dari Mesir dijemput datang kerumah untuk beraya..Zuha namanya yang diarahkan pulang oleh kedutaan Malaysia di Kaherah ekoran pergolakan yang berlaku di seluruh Mesir buat masa ini. Dia pun anak murid walid juga sebelum ke Mesir...
mengisahkan tentang perjalanan hidup anak yatim asrama dar'us-salam tambun, ipoh
Saturday, August 31, 2013
Lawatan Amal Pelajar STAM Sek Raja Perempuan Taayah
Seramai lima belas orang pelajar STAM anak murid walid di Sek Raja Perempuan Taayah datang pagi ini untuk Lawatan Mahabbah kesini. Sebenarnya sudah lama mereka berhasrat nak buat program dengan anak2 disini dan kali ini mendapat kelulusan dan kebenaran dari pihak pengetua dan kami sendiri tiada program pada tarikh yang dipohonkan. Program yang memakan masa dua hari ini bertujuan untuk mendekati anak2 yatim dan membimbing shakhsiah diri rohani dan jasmani.
Monday, August 26, 2013
Hari ini datang sukarelawan baru....
Alhamdulillah...pagi ini kak Mariam dan Makcik Ha datang memulakan tugas mengajar disini menggantikan dua sukarelawan yang pulang...Cuma kedua mereka ini tak dapat tinggal disini bersama anak2 yatim kerana makcik Ha ada keluarga sendiri dan kak yam pula ada kelas lagi sebelah petang ditempat berhampiran rumahnya di Manjoi....
Kak Abi hadiahkan kek besdei utk walid....24/8/54
Dua orang sukarelawan Rabiatul Adawiyyah dan Wardatul Jannah yang sebaik saja selesai peperiksaan Sijil Tinggi Agama bulan Oktober tahun lepas datang berkhidmat membantu kami mengajar disini, kini telah mendapat tawaran memasuki IPTA tempatan. Kak Abi di USIM dan kak Jannah di UNISZA..
Selama beberapa bulan bergaul dengan anak2 disini mengajar dan menjadi warden, makan bersama mereka setiap hari dan mengiringi mereka bila ada undangan dari luar, bergotong royong bersama adik2 ini sudah tentu sedikit sebanyak terkesan dihati mereka bila tiba waktu perpisahan...Kak Abi sempat menghadiahkan kek sempena besday walid dan balik pada malam hari Sabtu 24 Ogos sementara kak Jannah balik pada hari Ahad....
kek secret recipe drp kak abi utk walid... |
naseh nak sitit... |
anak2 yatim kerumun kak jannah |
kak jannah plak menangis nak brpsh dg anak2 yatim |
berpeluk dg ummi |
detik perpisahan... |
Jamuan Perpisahan dg 2 aktivis kami
Oleh kerana dua orang sukarelawan kami nak menyambung pelajaran mereka ke peringkat universiti dan menamatkan amal bakti mereka di asrama ini selama ini maka jamuan perpisahan diadakan dengan sama2 masak nasi biryani utk makan ramai2....
Saturday, August 17, 2013
Seramai 15 orang dah balik ke asrama setakat ini......
Sehingga malam ini, yang dikenal pasti dah sampai ke asrama adalah 15 orang...Amirul, Jamal, Udin, Amin, Faiz, Akram, Hafiz dan Abon. Sementara yang perempuan pula Ati, Halimah, Nurin, Zanti, Syafikah, Fatihah dan Atikah..
Sebaik sampai saja dah ada orang hello nak jemput yang lelaki tahfiz untuk majlis doa selamat dirumahnya di Rapat Setia..tak kisah katanya berapa yang ada yang penting dari asrama anak yatim, maka kita benarkan pergi lima orang sahaja..
Kak Izzah dan suaminya bertolak ke Johor sekitar jam 5 ptg untuk kerumah mereka di Pasir Gudang..Naseh tinggal dengan kami dan nampak biasa saja semasa berpisah tadi tapi semasa Maghrib tadi tiba2 buat hal teroyak semahu2nya macam air menggelegak gayanya non stop, perut tak kembung sangat, pampers kencing dah ditukar, sapu minyak telon kat perut, bagi susu tak nak asyik teroyak bila azan ditelinga dia diam sekejap tapi kemudian teroyak lagi macam ada gangguan..akhir sekali buat rukyah dan asmaul husna pada air zam-zam...masa tu mama dan babanya dah sampai diNilai berenti solat...Baru sekarang ini 9.50 dia ok sebab dah letih dan mengantuk.....
Sebaik sampai saja dah ada orang hello nak jemput yang lelaki tahfiz untuk majlis doa selamat dirumahnya di Rapat Setia..tak kisah katanya berapa yang ada yang penting dari asrama anak yatim, maka kita benarkan pergi lima orang sahaja..
Kak Izzah dan suaminya bertolak ke Johor sekitar jam 5 ptg untuk kerumah mereka di Pasir Gudang..Naseh tinggal dengan kami dan nampak biasa saja semasa berpisah tadi tapi semasa Maghrib tadi tiba2 buat hal teroyak semahu2nya macam air menggelegak gayanya non stop, perut tak kembung sangat, pampers kencing dah ditukar, sapu minyak telon kat perut, bagi susu tak nak asyik teroyak bila azan ditelinga dia diam sekejap tapi kemudian teroyak lagi macam ada gangguan..akhir sekali buat rukyah dan asmaul husna pada air zam-zam...masa tu mama dan babanya dah sampai diNilai berenti solat...Baru sekarang ini 9.50 dia ok sebab dah letih dan mengantuk.....
Friday, August 16, 2013
Bercuti ke Kelantan Darul-Naim
Alhamdulillah kami baru saja sampai rumah dari Kota Baru jam 1.45 pagi....Sebenarnya dah lama tak berkesempatan nak ke Kelantan ni..kerana menguruskan anak2 yatim memerlukan tumpuan dalam banyak hal...jadi pendam saja dulu keinginan itu..hinggalah bila kita hantar mereka pulang kekeluarga masing2 pada hari 26 puasa itu hari dapatlah sedikit ruang untuk menziarahi sanak saudara dan pergi kesana sini...Rabu 14/8 baru ni walid cadang untuk ke Kelantan satu keluarga sekitar jam 5ptg selepas Asar konon..tapi pergerakan macam ular sawa berlengkar. Jam 6.30 baru nak berangkat melalui Spg Pulai-Gua Musang. Baru sampai Spg Pulai bertalu2 sms alarm berbunyi menyatakan ada masalah pada zon 2. Kami terpaksa berpatah balik..rupanya pintu utama tidak rapat ditarik...Jam 7.22 baru kami start masuk lbhraya Spg Pulai semula..tiba di Kota Baru jam 12.55 terus ke PCB mencari seafood bila sampai saja disana kami terkejut melihat longgokan ketulan batu disana sini menghalang pemandangan laut seperti dulu2...selalunya kami makan dibawah payung dipersisiran pantai mengadap laut..kali ni terpaksa masuk warung...ada masalah ler pulak anak nyamuk beribu2 berterbangan pada lampu dan jatuh tersadai diatas meja beribu2..kenyang sakanlah kalu jatuh dalam mangkuk sup..Akhirnya kami 6 beranak dapat satu meja bawah payung tanpa lampu tapi masih dalam gerai..Selesai makan minum kami beredar nak cari tempat tidur, masuk PCB resort reception tidak berorang..Perdana Resort berpalang...cuba hello no yg tertera diinternet tak berangkat sebab masa tu dah hampir 2pg..Kami berpatah balik dan mengamati papan iklan di guest house yang masih berlampu, nasib kami baik ada orang balas hello dan katanya ditempatnya ada kosong. Seorang makcik dalam umur 50an keluar menunjukkan bilik ada katil double dua unit dan satu double decker..Hentam sajalah labu!..kerana mengantuk sangat..untuk melelapkan mata selama 4 jam.
Kami keluar meronda selepas solat subuh untuk mengisi petrol yang tinggal tak seberapa, kata seorang pakcik disitu ada sebuah kedai minyak menghala ke Kuala Besar milik Melayu katanya..Terus kami ketempat yang diberitahu untuk isi full tank, kemudian meronda berpandukan apa yang tertera dipapan tanda.....sebelum mencari sarapan.
Setelah bersarapan dan ronda sana sini balik semula berehat...jam 11.30 kami check out dan berkira nak membeli sedikit sebanyak, sambil tu hello beberapa orang kenalan niat nak usik saja..rumah yang paling biasa kami singgah bila ke Kelantan ialah di Pasir Pekan rumah ustzh Zakiah n us Adli..jawabnya jangan datang lagi kecuali selepas 2jam...Tak payah susah2 nak singgah sebentar jah..bla2 nak balik..Rupanya K.Baru la ni dah tak lancar..perjalanan tersangkut2 kami menggunakan khidmat gps mencari jalan alternatif..sampai di Pasir Pekan tercangak2 mencari rumah..suasana dah berubah terlampau...sampai terlajak rumah sebab petunjuk lama dah hilang...kiri kanan dah naik rumah besar...
Bila sampai di P.Pekan cuba hello pula kenalan yang rapat beritahu kami ada diKelantan nak jumpa sila datang kerumah us Li..maka yang datang adalah us Rofie orang kuat MPKB datang dengan kawannya, lepas tu hello pula us Nasaruddin Daud (Dato') exco agama, katanya tunggu dulu selepas solat jenazah jam 2.30 dia nak datang jumpa..Jam 2 ptg kami bergerak ke K.Baru menuju ke Bangunan Mara, hujan sudah mulai turun...Kami naik ke tingkat 2 ke Haslini Collection untuk membeli tudung buatannya yang sangat selesa buat ummi...Rupanya Haslini ni adalah antara penghulu di Parlimen Kota Baru...Asar disini ketika us Nasaruddin sampai dan beliau mendesak kami mesti makan dengan keluarganya sebelum balik Perak...namun hujan turun selebat2nya dan beberapa restoran yang dicadangkan tutup pula...
selepas subuh pergi kejeti kuala besar |
pantai mek mah |
keindahan awan pagi |
balik k pcb |
Kami bersarapan disebuah kedai makan yang tertulis nasi kerabu ayam bakar..ya Allah nasi dan lauk
yang diisi tu penuh pinggan macam makan tengahari...sekali lagi hentam sajalah labu...kami kekenyangan yang amat sangat...makan pelbagai lauk..kari itik serati, ayam, itik dan daging bakar...
disini kami bermalam |
naseh tunggu dlm kereta sblm ke pasir pekan |
dirumah us li n ustz zakiah |
us li tok imam situ |
sibuk gapo tu.. |
hidangan tersedia.... |
us rafei sampai |
anak usrah walid masa di mesir |
bergambar ramai brsm sdr aidi, rofie n tuan rumah |
daun kadok celup tepung goreng |
kota baru dari atas gertak baru... |
Akhirnya dalam hujan lebat tu kami dibawa kelaluan balik nanti dan singgah di restoran berhadapan Akademi Islam UM Nilam Puri tempat walid belajar dulu tahun 70an..Makanlah dua keluarga disini dan hampir selesai santap muncul pula us Alwi pensyarah UM Nilam Puri...Itulah detik2 akhir sebelum kami berangkat pulang ke Ipoh jam 7ptg...Sayangnya kerana hujan kamera tertinggal dalam kereta maka detik2 ini tidak dapat dirakamkan.......
Subscribe to:
Posts (Atom)