Tengah hari hampir jam 10 setengah kami berempat walid, ummi, angah dan kak Iffah berangkat ke Changkat Jering Taiping ke rumah Pakcik Bidi menghadiri majlis pertunangan anak mereka Nur Iqlima dengan orang Trong...majlis sepatutnya bermula jam 11 tapi rombongan sebelah lelaki tak dapat sampai kerana jalan jam..Memang lebuh-raya sesak dengan kenderaan dan jalan biasa pun tak kurang juga sesak dengan kereta...Jadinya jam 12 lebih baru rombongan sampai...Majlis bersurai hampir jam 1.45ptg. Kami balik ke Ipoh dalam kesesakan melalui jalan lama Taiping-Kuala Kangsar...masuk tol Kuala Kangsar berdenyut pergerakan motorkar tambahan bila nak tiba Terowong Menora kenderaan dah jadi empat lorong mana tak sesak..terowong hanya untuk dua lorong saja...Kami terpaksa singgah ke rumah makcak di Puncak Meru kerana tak tertahan nak buang air..
No comments:
Post a Comment