Alhamdulillah kami baru saja sampai rumah dari Kota Baru jam 1.45 pagi....Sebenarnya dah lama tak berkesempatan nak ke Kelantan ni..kerana menguruskan anak2 yatim memerlukan tumpuan dalam banyak hal...jadi pendam saja dulu keinginan itu..hinggalah bila kita hantar mereka pulang kekeluarga masing2 pada hari 26 puasa itu hari dapatlah sedikit ruang untuk menziarahi sanak saudara dan pergi kesana sini...Rabu 14/8 baru ni walid cadang untuk ke Kelantan satu keluarga sekitar jam 5ptg selepas Asar konon..tapi pergerakan macam ular sawa berlengkar. Jam 6.30 baru nak berangkat melalui Spg Pulai-Gua Musang. Baru sampai Spg Pulai bertalu2 sms alarm berbunyi menyatakan ada masalah pada zon 2. Kami terpaksa berpatah balik..rupanya pintu utama tidak rapat ditarik...Jam 7.22 baru kami start masuk lbhraya Spg Pulai semula..tiba di Kota Baru jam 12.55 terus ke PCB mencari seafood bila sampai saja disana kami terkejut melihat longgokan ketulan batu disana sini menghalang pemandangan laut seperti dulu2...selalunya kami makan dibawah payung dipersisiran pantai mengadap laut..kali ni terpaksa masuk warung...ada masalah ler pulak anak nyamuk beribu2 berterbangan pada lampu dan jatuh tersadai diatas meja beribu2..kenyang sakanlah kalu jatuh dalam mangkuk sup..Akhirnya kami 6 beranak dapat satu meja bawah payung tanpa lampu tapi masih dalam gerai..Selesai makan minum kami beredar nak cari tempat tidur, masuk PCB resort reception tidak berorang..Perdana Resort berpalang...cuba hello no yg tertera diinternet tak berangkat sebab masa tu dah hampir 2pg..Kami berpatah balik dan mengamati papan iklan di guest house yang masih berlampu, nasib kami baik ada orang balas hello dan katanya ditempatnya ada kosong. Seorang makcik dalam umur 50an keluar menunjukkan bilik ada katil double dua unit dan satu double decker..Hentam sajalah labu!..kerana mengantuk sangat..untuk melelapkan mata selama 4 jam.
|
selepas subuh pergi kejeti kuala besar |
Kami keluar meronda selepas solat subuh untuk mengisi petrol yang tinggal tak seberapa, kata seorang pakcik disitu ada sebuah kedai minyak menghala ke Kuala Besar milik Melayu katanya..Terus kami ketempat yang diberitahu untuk isi full tank, kemudian meronda berpandukan apa yang tertera dipapan tanda.....sebelum mencari sarapan.
|
pantai mek mah |
|
keindahan awan pagi |
|
balik k pcb |
Kami bersarapan disebuah kedai makan yang tertulis nasi kerabu ayam bakar..ya Allah nasi dan lauk
yang diisi tu penuh pinggan macam makan tengahari...sekali lagi hentam sajalah labu...kami kekenyangan yang amat sangat...makan pelbagai lauk..kari itik serati, ayam, itik dan daging bakar...
g
|
disini kami bermalam |
Setelah bersarapan dan ronda sana sini balik semula berehat...jam 11.30 kami check out dan berkira nak membeli sedikit sebanyak, sambil tu hello beberapa orang kenalan niat nak usik saja..rumah yang paling biasa kami singgah bila ke Kelantan ialah di Pasir Pekan rumah ustzh Zakiah n us Adli..jawabnya jangan datang lagi kecuali selepas 2jam...Tak payah susah2 nak singgah sebentar jah..bla2 nak balik..Rupanya K.Baru la ni dah tak lancar..perjalanan tersangkut2 kami menggunakan khidmat gps mencari jalan alternatif..sampai di Pasir Pekan tercangak2 mencari rumah..suasana dah berubah terlampau...sampai terlajak rumah sebab petunjuk lama dah hilang...kiri kanan dah naik rumah besar...
|
naseh tunggu dlm kereta sblm ke pasir pekan |
|
dirumah us li n ustz zakiah |
|
us li tok imam situ |
|
sibuk gapo tu.. |
|
hidangan tersedia.... |
Bila sampai di P.Pekan cuba hello pula kenalan yang rapat beritahu kami ada diKelantan nak jumpa sila datang kerumah us Li..maka yang datang adalah us Rofie orang kuat MPKB datang dengan kawannya, lepas tu hello pula us Nasaruddin Daud (Dato') exco agama, katanya tunggu dulu selepas solat jenazah jam 2.30 dia nak datang jumpa..Jam 2 ptg kami bergerak ke K.Baru menuju ke Bangunan Mara, hujan sudah mulai turun...Kami naik ke tingkat 2 ke Haslini Collection untuk membeli tudung buatannya yang sangat selesa buat ummi...Rupanya Haslini ni adalah antara penghulu di Parlimen Kota Baru...Asar disini ketika us Nasaruddin sampai dan beliau mendesak kami mesti makan dengan keluarganya sebelum balik Perak...namun hujan turun selebat2nya dan beberapa restoran yang dicadangkan tutup pula...
|
us rafei sampai |
|
anak usrah walid masa di mesir |
|
bergambar ramai brsm sdr aidi, rofie n tuan rumah |
|
daun kadok celup tepung goreng |
|
kota baru dari atas gertak baru... |
Akhirnya dalam hujan lebat tu kami dibawa kelaluan balik nanti dan singgah di restoran berhadapan Akademi Islam UM Nilam Puri tempat walid belajar dulu tahun 70an..Makanlah dua keluarga disini dan hampir selesai santap muncul pula us Alwi pensyarah UM Nilam Puri...Itulah detik2 akhir sebelum kami berangkat pulang ke Ipoh jam 7ptg...Sayangnya kerana hujan kamera tertinggal dalam kereta maka detik2 ini tidak dapat dirakamkan.......
Cantik gambar kat klate tuh...
ReplyDelete