Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, August 4, 2013

Cerita Hari Ini Ahad 4 Ogos 13

Pagi ini kerja angah adalah menghantar anak2 yatim ke Parit Buntar melibatkan 9 orang. Si Hemoi (Jamal) 4 bersaudara akan balik dari stesen bas P.Buntar ke Kulim. Anas 4 beradik akan balik ke Titi Serong. Meon (Amirul) balik ke Spg Lima.

Ummi dan kak Iffah pula ada hal kena pergi ke Pengkalan Pegoh bersama kak Izzah, Naseh dan babanya..

Keluarga Meor pula diangkut bapa mereka utk ke Bt Gajah naik bas dari Tambun...katanya lima beradik ini nak beraya ke Kedah...

Masa mereka semua tiada, ada dua orang wanita datang untuk menyampaikan sumbangan berupa wang dan sorang lagi nak beri dapur yang ada pembakar tapi minta datang ambil dirumahnya di Rapat Setia..Dalam masa sama juga datang seorang makcik dengan anaknya nak sampaikan duit raya kepada anak2 yatim..Selang tak lama tetamu lain pula datang nak bagi beras dan setelah ummi pun balik ada lagi yang datang kali ini bekas pelajar Sek. Taayah anak murid walid namanya Asiah Ishak sekarang bekerja di KL bersama kawannya nak sampaikan sumbangan mewakili kawan2nya, katanya dia dari rumah kawan yang kematian bapa kerana kemalangan dihadapan Institut Pen. Guru Ipoh Ulu Kinta...kawannya juga ex pelajar Taayah...

Bila angah pulang walid mengajak dia ke Rapat Setia untuk mengambil dapur...belum lagi keluar kawasan berselisih  pula dengan kereta masuk untuk bagi beras jadi kita pintas dia sebelum masuk keasrama dan mengambil sumbangan yang nak disampaikan kerana nak cepat ke Rapat Setia,  bila sampai disana, rumah yang dimaksudkan tiada berorang...walid tefon menerusi no yang diberi...rupanya Pn Zam Zam ini pensyarah elekterik Politeknik Ungku Omar, dia ketika itu ada di pejabat PUO kerana nak siapkan bahan mesyuarat dan minta tunggu sebentar sementara dia nak pulang...

Pulang dari mengambil dapur ada lagi orang datang iaitu Sdr Idris Maybank nak sampaikan sumbangan kawan banknya yang nak wakaf untuk lantai surau baru..Kemudian masuk pula pegawai LHDN merangkap su masjid Tambun Sdr Nizam yang datang nak minta pelajar tahfiz kami hadir ke masjid kerana ada program berbuka..Walid beritahu yang penghuni asrama semua dah dihantar pulang...Akhir sekali ada suami isteri datang untuk menyumbang makanan kering dan kain uniform..orang hospital biasalah dapat peruntukan kain untuk buat uniform...kedua2nya bekerja dengan Kem Kesihatan...

Angah pula dapat jemputan berbuka di surau Taman Golf dan panggilan tefon dari Dato' Haron Saroji untuk majlis berbuka dan penyampaian sumbangan untuk rumah2 anak yatim..Dato' Haron rapat hubungannya dengan angah...

Malam ni kami pergi sekali lagi kerumah Hisyam dan Fizan dan rumah Wan kerana terlupa titipkan duit raya kepada mereka semalam...begitulah ceritanya hari ni....


No comments:

Post a Comment