Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, January 31, 2011

Iwan lari dari asrama......

Iwan anak yg kita selalu jadikan contoh kegigihan seorang budak yg tercicir boleh belajar dan mengatasi budak biasa dalam pelajaran tiba2 buat hal melarikan diri selepas pelajar KMB pulang sekitar jam 2 lagi. Budak ni tak pernah sekolah hingga umur 10 tahun, dihantar ibunya seorang rakyat Indonesia kesini tiga tahun yang lalu dalam keadaan kosong tak tahu apa2. Ibunya dinikahi seorang anggota polis secara senyap namun bila budak ini lahir sipolis ini berlepas diri lalu budak ini didaftarkan dengan dibinkan kepada seorang warga Indon lain makanya taraf budak Iwan ini warga negara asing. Dua tahun lepas bapa sebenarnya datang berjumpanya disini sambil memeluk dan menangis setelah melihat anaknya dah boleh mengaji Quran dan azan..Saya minta kepada ayahnya surat nikah supaya kita bawa ke JPN untuk kembalikan kewarga negaraannya menjadi rakyat Malaysia, janjinya minggu depan saya datang lain..tapi itulah janji seorang yang tidak bertanggung jawab....helah yang bergelumang dengan penipuan dan kepalsuan semata-mata....dia tidak datang langsung selepas itu..sedangkan kami ada hubungan baik dengan tim. pengarah JPN yg mahu membantu.....masa tu mudah untuk selesaikan masalah seperti ini hanya memerlukan surat nikah. Sekarang sudah ada pindaan baru kena tunggu umur 18 tahun. Si Iwan ni anak yang otaknya baik boleh menghafal tahiyyat dlm masa 2 hari dg lancar sedangkan itu benda baru sangat baginya kerana sejak kecil berkawan dg anak cina dan tak pernah sembahyang. Bila tinggal diasrama ini dia tercabar dan berusaha dengan kegigihan luar biasa sehingga hanya dua tiga bulan sahaja dia sudah boleh menyamai anak-anak lain disini..tidak seperti adiknya Syikin yg juga dibawah jagaan kami, agak lemah dan tiada semangat berlawan. Cuma ibunya ini setiap Jumaat akan ambil kesempatan berjumpanya di masjid....kata budak2 dia ada beritahu dia balik nak jaga adik perempuannya sebab mak dia kerja.....alasan yg amat meragukan kerana kita ada sedikit maklumat ttg keluarga ni....

1 comment:

  1. salam ziarah..
    Allahu Allah, sedih bila tahu cerite ini..(T_T)

    ya Allah berikanlah yg terbaik untuk Iwan, peliharalah dia dari sebarang kecelakaan dan lindungilah dia sentiasa dgn rahmat dan kasih sayang Allah"

    semoga Allah "kembalikan" Iwan kepada mahad, tiadalah pendidikan yg terbaik bagi manusia melainkan pendidikan agama dan mengenali Allah dan rasulnya..semoga Allah sentiasa menjaga Iwan dan memegang hatinya..

    sama-sama kita doakan untuk Iwan..ya Allah perkenankanlah doa kami,kasihanilah anak yatim ini . ameen ya rabb.

    ReplyDelete