Tamu hari ini ialah Hj Wazir dan isterinya Hjh Norzan yg datang dengan hajat untuk memberi fidyah bagi pihak ibu hajjah yang uzur dan infak wajib beliau sendiri. Sebelah petangnya datang pula Hjh. Hamidah yang baru menunaikan haji baru2 ni dan sebelah malamnya datang pula Hjh Jamaaiyah dan suaminya cikgu Sail yang pernah mengajar di sekolah Taayah sebelum ini. Tujuannya untuk bertanya pandangan tentang Yaman kerana suami isteri ni nak ke Yaman akhir bulan Februari ini utk belajar Bahasa Arab disana. Hjh Jamaaiyah yg nampak beria2 nak tahu ttg Yaman ni dan walid sebagai orang lama memang menggalakkan mereka ke Yaman ni, sebab Yaman ni ada kelainan yg tersendiri yg hanya jauhari yg kenal manikam. Walaupun walid pernah tinggal di Mesir sepuluh tahun dari 1981-1991 tapi bila pergi keYaman selama 3 bulan lebih.. terasa rugi kenapa masa muda dulu tak teringat langsung nak ke Yaman....kerana Yaman ni terutama di Hadramaut adalah pusat ilmu dalam mazhab Shafii yang hebat...walid sempat menghadiri majlis Ilmu di Rubat Tarim yg mendapat nama jolokan Al-Azhar Yaman disampaikan oleh Habib Salim As-Shatiri, masya Allah sejuknya hati menikmati mutiara ilmunya yg dihamburkan kepada yg hadir cukup indah. Walaupun hanya 3 minggu di Hadramaut tapi teringat-ingat sampai sekarang, begitu juga di San'aa berjumpa dg ulama'-ulama' disana yg hebat seperti Dr Abdul Karim Zaidan, Dr. Ali Garishah, Syeikh Abdul Majid al-Zindani dan Syeikh Qasim Bahr yg menurunkan ijazahnya dalam semua ilmunya kepada walid sewaktu kesempatan menziarahinya...sebab itu pesanan walid tadi jangan lupa ziarah Hadramaut terutamanya Tarim yg ada 350 buah masjid yg umurnya 400 tahun keatas dibina oleh jenerasi mungkin dari zaman sahabat Nabi atau tabiin yg terus dimakmurkan hingga kini disetiap waktu solat..
kesan keruntuhan rumah yahudi di san'aa |
rumah yahudi yg ditinggalkan..... |
lagi dan....... |
lagi......... |
dan lagi....... |
lagi...... |
lagi.......kesan takat air |
lagi..... |
bersama abd hakim dari habsyah najashi |
dalam masjid tertua di san'aa dg rashid ganu |
disisi batu asas tiang masjid Jamek Kabir yg disuruh bina oleh Nabi diSanaa |
quran lama bertulis tangan |
pasang telinga dengar quran dibaca |
dg rashid ganu minum teh susu |
dg najib shah alam |
No comments:
Post a Comment