Semalam ni sebenarnya selepas selesai Carsem-Wardah punya program, ada lagi pengunjung keasrama kami ni. Dimulai dengan en Roslan pengerusi DieHard, Kelab Penyokong Bola Perak dan keluarga datang memberi beras diikuti pula oleh en Jumat n keluarga yang datang untuk mengadakan jamuan pd hari Jumaat minggu depan 14/1, muncul masa tu juga katerer yang ditempah Carsem datang untuk mengambil bekas dan barangannya. Kemudian datang En Abu dan keluarga dari kem PGA untuk menyumbang. Beliau ni orang Melaka beristerikan orang Kedah dan bekerja dalam komanda 69 dah 30 tahun di Ipoh ni.
Selain tu paklang n the gang pun datang juga tapi kemudian sikit dari Wardah Carsem, untuk menyiapkan pondok mereka.
Abg Kamarul pula bawa budak2 pergi Bt Gajah utuk mencari angsa jantan menggantikan arwah tu....tak tau apa hasil pencarian mereka kerana mereka balik pun dah waktu Isya.
Kak Izzah pun balik juga semalam kami pergi jemput dia di simpang jalan masuk masa orang azan maghrib.
No comments:
Post a Comment