Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, June 30, 2011

Khamis 30/6/11

Ketika entri ni ditulis semua anak2 yatim, ummi, angah dan kak Izzah tidak ada di asrama ini kerana mereka dijemput berbuka puasa di rumah En. Abdul Manan taukeh Kedai Runcit Din Faiz di Tm. Chempaka, Ipoh.
Majlis ini sempena masuk rumah baru En. Abd Manan..Sebenarnya angah dan kak Izzah baru saja sampai dari USIM dan UIA, hanya beberapa minit sebelum En. Manan tiba untuk mengambil anak2 ini..dan terus ikut sama menemani anak2 ini ke majlis berbuka itu. Walid terpaksa berbuka sorang dan menjadi penjaga asrama ketika ini.

Wednesday, June 29, 2011

Rabu 29/6/11

Balik dari sekolah tadi baru perhati betul2 notis di jambatan tu rupanya 29/6/11 hingga 30/8/11 dua bulan, dan dah ada longgokan ketulan batu besar berhampiran tu....hal ini sudah tentu akan sedikit sebanyak mendatangkan kesulitan kepada orang yang akan berkunjung ke asrama ni...terutamanya kepada orang luar dari Tambun...dan kepada orang yang nak menghantar makanan dalam tempoh itu dan di bulan Ramadhan... Tengoklah macamana perkembangannya nanti...

Hari ini budak2 cuti Isra' Mikraj..diisi dengan aktiviti membersih asrama dan membasuh baju..tapi kelas tusyen Cikgu Zafran jam 4:00pm tetap diteruskan...

Petang ni walid ajak Danial pergi ke pasar malam Rapat Setia Baru untuk membeli ikan dan sayuran...bila balik ummi beritahu Pn. Yati hantar karipap dan cucur badak untuk sajian petang....

Tuesday, June 28, 2011

Selasa 28/6/11

Persekolahan pagi berjalan seperti biasa...hingga jam 1:45pm. Walid balik dari sekolah hampir jam 3:00pm dan lihat Thaqif seorang diri sedang meratah ayam...Orang lain semuanya dah tiada bila ditanya ummi bila mereka makan tengahari ummi kata pukul 2:00. Maknanya dia sorang ambil masa satu jam untuk makan..hingga kena suruh bangun dan pergi basuh tray barulah dia bergerak...Tumpuannya hanya untuk makan...

Sewaktu walid melalui jambatan menyeberang sungai ada papan kenyataan dipasang dipangkal jambatan bertulis jambatan ini akan ditutup pada 28-29...ingatkan hanya satu hari saja rupanya dari 28/6 hingga 29/7 sebulan lamanya menurut En Halim yang baca betul2 apa yang tertulis disitu...Akan timbul masalah nanti kepada orang yang datang nak melawat kesini...

Petang ni ada tetamu suami isteri datang pertama kali ke sini. Suami bekerja di PUSWATAN, isterinya bekerja di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh unit ICU...mereka mendapat maklumat dari seorang pengunjung yang selalu datang kemari. Mereka tak tahu ada asrama anak yatim di Tambun ni...En. Zul sisuami ini berasal dari Kubur Panjang Pendang, isterinya pula dari Sik...dan kebetulan pula pernah bersekolah di Sek Keb Sik ketika PakSu Md Nor guru besarnya. Paksu Md Nor ini adalah suami kepada mak sedara ummi Chu Feah..gitulah bila rajin bersoreh....

Malam ni En Saiful menghantar chicken chop untuk sajian makan malam...

Sunday, June 26, 2011

Ahad 26/6/11

Pagi ni setandan pisang awak yang masak ranum diperam telah diproses untuk dibuat lepat pisang. Yang membantu  melecek pisang menggunakan gelas ialah Meon, Aizat, Danial, Tokwan sementara Udin, Jamal membantu ummi mengemas dapur. Beberapa pelepah daun pisang telah dilayur oleh Nan dan Aizat untuk balut lepat..Walhasil dapatlah makan lepat pisang tu....

Kemudian datang sebuah kereta puteh menghantar nasi tomato dan beberapa bekas berisi lauk pauk untuk makan tengahari...Alhamdulillah...rezeki dari Allah..

Hari ni juga kelas tusyen bermula untuk calon UPSR dikendalikan Cikgu Zafran yang mengajar BI dan Math. Komen cikgu, depa boleh ikut dan seronok ajar depa dan esok datang lagi sebelah petang in sya Allah katanya. 
Yang tak terlibat kena baca Al-Quran dari selepas solat Zohor hingga jam 3pm. Angah dan kak Iffah balik ke USIM jam 3:30 pm, hari Rabu nanti Kak Izzah akan balik dari Indonesia.

Petang ni macam dijanjikan semalam, Pn Azizah dari Ulu Kinta akan datang menghantar burger ke sini...

Saturday, June 25, 2011

Sabtu 25/6/11

Pagi ni ada perjumpaan keluarga di Kg Kedah, Parit Buntar selepas kepergian bonda kami. Kalau nak ikut, walid ada Hari Kantin di Sek Taayah pagi ni tapi bila diberitahu pengetua minta uzur untuk pulang kampong katanya Ok. Jadinya kena balik ler pagi ni....

Oleh yang demikian untuk tolong memantau anak2 ni walid minta bantuan dari pelatih2 yang selalu datang kesini, misalnya mereka ada undangan majlis kenduri hari ni di Kem PPH, walid minta dua orang pelatih menjadi guru pengiring guna menyusun kedudukan anak2 kita dalam majlis orang dan mengawal dua tiga orang yang sikit bermasalah....juga walid minta bantuan Sdr Samad Komando utk tolong menunggu kawasan asrama ketika semua anak2 ni ke majlis tersebut kerana langkah berjaga2 memastikan tidak ada pencerobohan....
Ketika dikampung walid menghubungi seorang pelatih yang bertugas sessi pagi dan mengiringi ke majlis kenduri, katanya semuanya ok....

Walid sampai balik keasrama jam 9 lebih dan mendapati anak2 ni sedang berada disurau..masing2 melukis diseliai abang2 pelatih ni...Ok kata mereka.

Friday, June 24, 2011

Jumaat 24/6/11 - Cerita Hari Ini

Baru saja menerima kunjungan tetamu jam 11:00pm. Us. Salahuddin dari Islamabad, Pakistan dibawa oleh Sdr. Abdul Aziz salah seorang penderma tetap kami yang tinggal di Tm. Rimba Tambun. Ustaz ni dah 6 bulan tinggal di Ipoh menjadi imam di Masjid Pakistan Ipoh. Tujuan kedatangan adalah untuk menyumbang kepada anak2 disini. Sebelum itu dikunjungi dua pelatih dari IPG Ipoh yang baru balik kampung.

Si Hisyam punya cerita ni... bila mendapat kawan yang sebaya dengannya Si Thakif dan Mohammad anak Indon yang paling baru masuk ke sini; dia jadi mengada2 sakan..merepot ni dah bertambah2..ada saja laporan kesalahan orang dia nak bagitahu kat ummi. Rupanya dia pun sekarang ni naik tocang sejak ada kawan dua orang tu. Maghrib tadi dia dengan Mohammad new comer ni membaling selipar Thakif main pas pas hingga hilang sebelah selipar sikawan tu...nangislah Thakif ni menjerit2 kerana dipermainkan begitu hingga terpaksa jalan kaki ayam kerana kehilangan sebelah seliparnya...lepas Isya' walid paksa dua2 ni pergi cari kat mana selipar tu...Selamba jer si Hisyam ni pergi ambil bawah pondok wakaf tempat dia sorok...Betullah kata mak angkat Mohammad, kena hati2 dengan budak Indon ni kerana didepan kita senyap bagaikan bisu..pijak semut pun tak mati tapi dibelakang kita sakan dia menjerit2....Hisyam jadi semakin ngada2 bila dapat bateri baru ni...Si Thakif ni seorang yang pentingkan makan...hari2 duduk kat dapur dan sekejap2 buka frizer mencari makanan...hari ni ada orang bagi cendol apa lagi menggeletek dia nak makan...Bila tengok apa makanan dia akan cakap, abang kan, suka sangat makan ni...Kalau ada kelas ngaji dia akan lari ke dapur...helah tak mau ngaji ler tu...Muhammad ni pulak tak zahirkan lagi dirinya yang sebenar didepan...hari ni baru dapat sikit cerita tentang dia dari ummi...

Malam ni kak Iffah bertolak balik naik bas jam 10:15 dari Nilai. Yang kak Izzah pula baru tefon dari Jatim (Jawa Timur) khabarkan rasa sedih pilu kerana nak habis dah lawatan ke Pesantren Darussalam Gontor yang amat menawan hatinya...

Thursday, June 23, 2011

Khamis 23/6/11

Berbuka puasa hari ini disponsor oleh Mak Datin Zurin dengan sajian kari ayam dan pekedel isi ikan tenggiri, sayur dan agar-agar. Kemudian ada pula orang hantar kueh mueh bermacam2 pulut udang, kueh koci, cucur badak, dan apa lagi tak ingat melambak2..tu lah kata rezeki Allah hulurkan buat anak2 ni. Semasa jam 5:30pm datang seorang tamu dari Mengelembu pengerusi Rukun Tetangga di sana yang meninjau asrama ini kerana mereka nak sumbangkan makanan siap ke sini jadi beliau bertanyakan berapa jumlah anak2 disini serta minta nombor kontek. Kemudiannya disusuli kedatangan Tn Hj Rahmat dan Pn Hjh Nurul Aini yang datang menyumbang wang...

Angah dah balik dari Kelantan hanya beberapa minit sebelum waktu berbuka hanya mengambil masa 4 jam..katanya GPS telah menemukan jalan pintas dari Pasir Mas terus ke Jeli.. alhamdulillaah selamat sampai..

Kak Izzah pula hari ini pergi ke Madiun sebuah bandar berhampiran Gontor dan melawat kedai2 yang dimiliki Pesantren Darussalam Gontor ni. Mereka punya percetakan, kilang pakaian, dan pelbagai kedai sendiri seperti kedai alat tulis dll.

Wednesday, June 22, 2011

Rabu 22/6/11

Alhamdulillah rezeki anak yatim seminggu dua ni amat murah. Tengahari tadi pak long tok wan datang hantar durian. Petang jam 6:30 orang bawa makanan malam. Semalam orang hantar kueh chakoi satu kotak. Malam ni semua tidur kekenyangan makan nasi dengan durian tengahari kemudian makan pulut durian petang dan makan nasi kari ayam dan jelatah timun selepas Isyak setelah kelas ngaji selesai. Besok puasa..

Walid baru saja makan malam baru balik dari Giant masukkan duit kat kak Iffah yang nak balik esok. Angah pula minta topup kat dia yang dok di Kota Baharu...nak belajar cara nak jadi mutawwif...kot. Depa duduk di Hotel Indah berdepan dengan Masjid Muhammadi...

Budak2 baru masuk ni sedang diperhatikan, nampaknya tak sama macam geng Hisyam bersaudara yang dengar kata dan faham arahan...

Kak Izzah masih silau dengan kehebatan pelajar2 di Pesantren Darus-salam Gontor..asyik cerita keseronokan  cara belajar dan penguasaan bahasa di sana. Malam ni baru balik dari melawat Universiti Darussalam pula.

Tuesday, June 21, 2011

Selasa 21/6/11

Sekarang hampir jam 12am..terlupa disebabkan banyak kerja yang kena buat..Walid baru balik dari Sek Taayah..ada kelas dengan pelajar STAM.
Besok pagi angah akan ke Kelantan dengan Hj Alias beberapa hari la jugak tu kerana nak jumpa kawan Hj Alias di sana.
Kak Izzah pula berada di Pesantren Darus-salam Gontor, Indonesia mengikuti rombongan sambil belajar dari UIA...seronoknya dia melihat pusat pengajian yang tenaga pengajarnya seramai 450 orang ustaz dengan pelajar seramai 4,500 orang dan pelajarnya dari sekecil2nya sampai kebesar fasih menguasai Bahasa Arab...budaya ilmu dan disiplin tidak membenarkan pelajar bertutur Bahasa Melayu/Indonesia sebaliknya menggalakkan mereka bertutur Bahasa Arab, Inggeris, Jerman, Perancis... Buku dan kitab sentiasa berada di tangan mereka dan tidak ada yang membuang masa berborak2...satu yang amat dikagumi kak Izzah...Tadi dia telefon dari sana, katanya walid dengan ummi mesti datang tengok sendiri suasana ilmu yang tak boleh digambarkan...Tengoklah nanti kalau boleh nak hantar anak2 yatim belajar di sana...Rasa macam tak mau balik UIA katanya...

Monday, June 20, 2011

Isnin 20/6/11 Cerita hari ni...

Puasa hari ini. Sahur tadi makan nasi goreng, setakat jam 2 pm ni tak ada lagi laporan tak puasa..

Sunday, June 19, 2011

Ahad 19/6/11

Hari ini seawal jam 8:00am walid dan ummi pergi menghantar dua orang calon UPSR kita Sarah dan Basirah untuk mengikuti taklimat dan motivasi menjawab soalan UPSR di Sek Izzuddin Shah. Setiap seorang dikenakan bayaran RM30 bersama kumpulan SRATI kerana mereka didaftarkan atas nama murid sekolah tersebut untuk peperiksaan sebenar nanti. Tak tau lah pulak apa yang mereka dapat dari program tadi yang berakhir hingga jam 6:00pm. Walid pula dijemput untuk menyampaikan ceramah anjuran Badan Dakwah dan Rohani, persatuan induk pelajar Izzuddin jam 10.30am hingga 12:00pm. Ada beberapa sekolah dijemput menghantar wakil antaranya Sek Taayah, Sek Raja Nazrin, dan Sek Darul Taqwa. Kesemua peserta tadi sekitar 40 orang.

Budak baru anak kepada wanita Indon yang kita ceritakan semalam datang petang ni dan nampak solat Asar berjamaah tadi..Nampak macam pendiam tapi kata makcik yang jadi ibu sangkutnya hati2 dengan budak ni kerana secara senyap dan diam2 dia buat kerja...mesin jahit di grodaknya hingga habis patah jarum skoci dll..capati yang dibeli makcik tu telah diramas2 untuk buat donut...cabaran nih.

Petang ni juga ada orang dari Tm Perpaduan datang untuk mengundang budak2 ke majlis kenduri kesyukuran  kerana anaknya berjaya memperolehi Ph D, di rumahnya...tapi memandangkan  tiada kenderaan maka akhirnya majlis itu akan dibuat di sini pada 26/6 nanti..

Saturday, June 18, 2011

Sabtu 18/6/11

Hari ini ummi mula masak untuk tengahari lauknya simple sahaja iaitu ikan kembong bakar dibanjiri air asam dan kari mamak...Habis licin nasi seperiuk tak cukup setelah pakat menambah..yang lambat tak dapat tambah ler...

Petangnya pulak ada orang datang hantar nasi dalam polisterin. Pun sangat sedap dan menyelerakan dalam setiap satu ada tiga jenis lauk; daging masak hitam, udang masak kalia dan ayam masak merah.. Jadinya budak baru yang namanya Thakif ni seronok ler kerana udang adalah kesukaannya. Dia kata dia hanya boleh telan ikan dengan udang jer. Yang lain macam ayam dan daging tak boleh telan...bahasa dia. Bila kita kata susahla nak duduk di sini kalau macam tu..kena balik rumah umi kamu..orang lain boleh jer makan lauk apa pun..kata dia kalau isi ayam boleh telan!

Sebelum tu ada tiga orang anggota Pekida datang nak jemput anak2 ni ke majlis kenduri malam ni..tapi  tak dapat dipenuhi permintaan ini kerana dah ada orang yang nak hantar makanan kepada mereka malam ni.

Friday, June 17, 2011

Jumaat 17/6/11 - Cerita Hari Ini

Taman tema Tambun sumbang perpustakaan anak yatim

IPOH 16 Jun - Taman tema Lost World of Tambun menyumbang sebuah perpustakaan bernilai RM50,000 termasuk akses Internet selama lima tahun kepada Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam Tambun di sini.
Pengurus Besarnya, Calvin Ho berkata, sumbangan tersebut turut meliputi buku-buku akademik, basikal, permaidani, baju-t, tuala dan kasut.
"Pada awalnya, kami bermula dengan jualan lemang dan kuih raya untuk mengumpul dana bagi sumbangan ini, namun, ia tidak menguntungkan. Selepas itu, kami mengambil masa selama dua tahun untuk merealisasikan hasrat ini melalui penjualan beg kitar semula.
"Sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui pendidikan," katanya selepas melawat Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam di sini semalam.
Turut hadir, pengetua dan pengasas Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam, Md. Suaid Din dan isterinya, Rohayah Abdullah.
Dalam pada itu, Md. Suaid berkata, asrama anak-anak yatim tersebut yang kini menempatkan seramai 29 penghuni itu terdiri daripada kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur antara enam dan 15 tahun.
Menurut Md. Suaid, beliau sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka terhadap mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada asrama tersebut yang diusahakan bersama isterinya sejak 2008.
"Pemberian sumbangan perpustakaan ini diharapkan dapat membantu tiga kelas pembelajaran yang beroperasi di sini bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran," katanya.
Utusan Online hari ini.

Begitulah yang tertera dalam Akhbar Utusan dengan gambar sekali tapi gambar tidak disiarkan dalam Utusan online.

Thursday, June 16, 2011

Khamis 16/6/11

Tiga orang budak baru dah datang hari ini, tapi walid pun tak lihat lagi semuanya cuma seorang anak lelaki perempuan Indon yang menghilang diri dan tinggalkan anaknya tanpa dokumen sempat walid tengok dibawa hari ni oleh makcik yang diperdayakan untuk menjaga sekejap dua bulan yang lalu sebelum si Indon ini hilang entah kemana. Hinggakan tiada siapa yang tahu apa nama budak ni. Budak ini akan datang hari lain untuk tinggal disini. Sementara yang dua orang lagi tu dihantar oleh penjaga Rumah Anak Yatim Raudhah...kedua2nya lelaki yang kita ambil tinggal di sini. Kesemuanya ada 4 beradik. Yang dua lagi tu perempuan...banyak sangat masalah didedahkan ibunya sendiri Isnin lepas..kes juvana. Raudhah ambil kedua2 budak perempuan  kerana memang depa khaskan untuk anak2 perempuan saja, katanya. Pembetulan dari ummi tadi, yang datang tu baru sorang jer dan sorang lagi tak tau lagi bila nak datang...

Hari ni pakat puasa belaka termasuk Thakif..hari ni nampaknya berjaya kut sebab sampai sekarang ni 5:24pm dia masih bertahan hanya usung botol air yang penuh ke sana sini tapi tak minum sebab ustazahnya kata peluk botol boleh minum tak boleh...puasa...dia pegang juga ler pesanan tu...

Wednesday, June 15, 2011

Rabu 15/6/11

Pukul 3:00pm seperti yang dijanjikan sebelum ini berlangsunglah Program CSR Lost World of Tambun yang dihadiri lebih kurang 30 orang tetamu dan wakil media serta 28 anak2 yatim di sini. Majlis bermula dengan perasmian perpustakaan mini dan ucapan aluan dari walid disusuli ucapan dari CEO Lost World Mr Calvin Ho seterusnya jamuan.
Gambar2 akan menyusul...

Tuesday, June 14, 2011

Selasa14/6/11

Sampai saat entri ini ditulis beberapa orang dari Lost World of Tambun masih lagi berada disini untuk menyiapkan sentuhan terakhir persiapan untuk esok..Cina pembekal komputer baru sampai dan kerja2 pemasangang sedang berlangsung...Azan Maghrib sudah dikumandangkan...nanti sambung...

Jam 9:03pm. Bacaan Yasin, tahlil dan solat Isya' dah pun selesai, kini pelajar tahfiz sedang mengadap ustaz mereka.

Makan rehat disponsor oleh Cikgu Solehah dari Tm. Seri Tanjung sementara makan tengahari dan malam disponsor oleh Makcik Suri dari Tm. Hiburan. Alhamdulillah sejak balik dari kematian bonda, ummi tak payah masak pun lagi kerana setiap hari ada saja orang datang menghantar lauk pauk. Besok kut ummi akan mula masak untuk tengahari, sebelah petangnya Program Lost World dan jamuan beranika jenis.

Petang tadi pula Hj Rahmat dan Isteri dan sepasang suami isteri kawan polis bersara mereka datang untuk menghantar makanan berbuka untuk malam 15 Rajab ni... Begitulah murahnya rezeki anak2 di sini...

Angah telefon tadi menceritakan lecterurnya meseg tadi mengucap tahniah..sekarang ni angah dalam perjalanan balik ke Ipoh untuk kontrol anak2 ni dalam program Lost World esok...Semoga selamat dan dalam peliharaan Allah...Amin.

Monday, June 13, 2011

Isnin 13/6/11 Cerita hari ni...

Persekolahan bermula hari ni selepas bercuti dua minggu...Semua yang balik bercuti telah pulang ke asrama. Dengan kemasukan Takif jumlah penghuni  asrama sekarang 29 orang, termasuk Ati yang belajar di Madrasah Idrisiah K. Kangsar.

Pagi ini ada seorang  ibu tunggal datang merayu-rayu untuk menghantar 4 orang anaknya tinggal di asrama ini kerana masalah kesempitan hidup..dan bebanan hutang yang ditanggung...

Takif dapat berpuasa separuh hari hingga jam 2:00 pm. Budak ni nampak lasak dan tak makan saman...rasanya tak pernah solat atau melihat orang solat kata ummi...dari gelagatnya bila dalam surau..Si Hafizan tak puasa kerana demam, kena makan ubat..angah suapkan ubat untuknya.. Hisyam dapat puasa penuh hari ni...

Tengahari dan petang ni orang dari Lost world of Tambun datang untuk projek perpustakaan dan internet serta menyusun meja kerusi untuk program mereka 15/6/11 Rabu ni....

Berbuka hari ni dengan Fizza yang dihantar orang sebelum waktu berbuka dan selepas Maghrib ada orang datang membawa sekotak berisi kueh chakoi dengan kuah manis..Nanti lepas solat Isya' akan dijamu dengan kueh ni....

Angah dan kak Izzah bertolak balik ke Usim dan UIA semasa orang hantar fizza tadi kerana kak Izzah akan berangkat ke Indonesia Khamis minggu ni..jadi ler kot, lawatan ke Pesantren Darus-salam Gontor....Angah ada kerja persatuan dan hari ni kembang hatinya kerana keputusan MUET nya dapat ben 4...katanya....Cabaran buat kak Iffah ler tu...

Sunday, June 12, 2011

Ahad 12/6/11

Petang ini sebahagian besar dari anak2 yatim telah kembali ke asrama, termasuk yang baru datang petang ni bernama Takif (bukan nama sebenar) yang dihantar keluarga angkatnya ...Hakeemy, Hafizan dan Hisyam pun dihantar keluarga angkat mereka dan sampai lebih kurang sama hampir jam 6 petang termasuk juga Ikin. Yang belum datang ialah dari Kg Terengganu, T. Intan Atikah, Atirah dan Atifah...dan sorang lagi Sarah. Kemasukan yang sorang ini menambah bilangan anak2 kepada 29 orang...

Sunday, June 5, 2011

Ahad 5/6/11

Baru beberapa minit saja sampai ke asrama..11:43pm. Highway jammed dari Changkat Jering lagi..jadi kami kena keluar ikut exit Kuala Kangsar ikut jalan lama Sg. Siput..cuma perjalanan jadi agak jauh namun tidak tersangkut2..Alhamdulillah selamat...
Almarhumah emak walid selamat dikebumikan semalam Sabtu, selepas disembahyangkan jam 11:00am di Masjid Hijau Kg. Kedah, Parit Buntar. Meninggalnya jam 9:45pm hari Jumaat malam Sabtu..pada usia 86 tahun.