Taman tema Tambun sumbang perpustakaan anak yatim
IPOH 16 Jun - Taman tema Lost World of Tambun menyumbang sebuah perpustakaan bernilai RM50,000 termasuk akses Internet selama lima tahun kepada Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam Tambun di sini.
Pengurus Besarnya, Calvin Ho berkata, sumbangan tersebut turut meliputi buku-buku akademik, basikal, permaidani, baju-t, tuala dan kasut.
"Pada awalnya, kami bermula dengan jualan lemang dan kuih raya untuk mengumpul dana bagi sumbangan ini, namun, ia tidak menguntungkan. Selepas itu, kami mengambil masa selama dua tahun untuk merealisasikan hasrat ini melalui penjualan beg kitar semula.
"Sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui pendidikan," katanya selepas melawat Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam di sini semalam.
Turut hadir, pengetua dan pengasas Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam, Md. Suaid Din dan isterinya, Rohayah Abdullah.
Dalam pada itu, Md. Suaid berkata, asrama anak-anak yatim tersebut yang kini menempatkan seramai 29 penghuni itu terdiri daripada kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur antara enam dan 15 tahun.
Menurut Md. Suaid, beliau sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka terhadap mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada asrama tersebut yang diusahakan bersama isterinya sejak 2008.
"Pemberian sumbangan perpustakaan ini diharapkan dapat membantu tiga kelas pembelajaran yang beroperasi di sini bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran," katanya.
Utusan Online hari ini.
Begitulah yang tertera dalam Akhbar Utusan dengan gambar sekali tapi gambar tidak disiarkan dalam Utusan online.
Begitulah yang tertera dalam Akhbar Utusan dengan gambar sekali tapi gambar tidak disiarkan dalam Utusan online.
No comments:
Post a Comment