Hari ini seawal jam 8:00am walid dan ummi pergi menghantar dua orang calon UPSR kita Sarah dan Basirah untuk mengikuti taklimat dan motivasi menjawab soalan UPSR di Sek Izzuddin Shah. Setiap seorang dikenakan bayaran RM30 bersama kumpulan SRATI kerana mereka didaftarkan atas nama murid sekolah tersebut untuk peperiksaan sebenar nanti. Tak tau lah pulak apa yang mereka dapat dari program tadi yang berakhir hingga jam 6:00pm. Walid pula dijemput untuk menyampaikan ceramah anjuran Badan Dakwah dan Rohani, persatuan induk pelajar Izzuddin jam 10.30am hingga 12:00pm. Ada beberapa sekolah dijemput menghantar wakil antaranya Sek Taayah, Sek Raja Nazrin, dan Sek Darul Taqwa. Kesemua peserta tadi sekitar 40 orang.
Budak baru anak kepada wanita Indon yang kita ceritakan semalam datang petang ni dan nampak solat Asar berjamaah tadi..Nampak macam pendiam tapi kata makcik yang jadi ibu sangkutnya hati2 dengan budak ni kerana secara senyap dan diam2 dia buat kerja...mesin jahit di grodaknya hingga habis patah jarum skoci dll..capati yang dibeli makcik tu telah diramas2 untuk buat donut...cabaran nih.
Petang ni juga ada orang dari Tm Perpaduan datang untuk mengundang budak2 ke majlis kenduri kesyukuran kerana anaknya berjaya memperolehi Ph D, di rumahnya...tapi memandangkan tiada kenderaan maka akhirnya majlis itu akan dibuat di sini pada 26/6 nanti..
No comments:
Post a Comment