Alhamdulillah rezeki anak yatim seminggu dua ni amat murah. Tengahari tadi pak long tok wan datang hantar durian. Petang jam 6:30 orang bawa makanan malam. Semalam orang hantar kueh chakoi satu kotak. Malam ni semua tidur kekenyangan makan nasi dengan durian tengahari kemudian makan pulut durian petang dan makan nasi kari ayam dan jelatah timun selepas Isyak setelah kelas ngaji selesai. Besok puasa..
Walid baru saja makan malam baru balik dari Giant masukkan duit kat kak Iffah yang nak balik esok. Angah pula minta topup kat dia yang dok di Kota Baharu...nak belajar cara nak jadi mutawwif...kot. Depa duduk di Hotel Indah berdepan dengan Masjid Muhammadi...
Budak2 baru masuk ni sedang diperhatikan, nampaknya tak sama macam geng Hisyam bersaudara yang dengar kata dan faham arahan...
Kak Izzah masih silau dengan kehebatan pelajar2 di Pesantren Darus-salam Gontor..asyik cerita keseronokan cara belajar dan penguasaan bahasa di sana. Malam ni baru balik dari melawat Universiti Darussalam pula.
No comments:
Post a Comment