Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, June 21, 2011

Selasa 21/6/11

Sekarang hampir jam 12am..terlupa disebabkan banyak kerja yang kena buat..Walid baru balik dari Sek Taayah..ada kelas dengan pelajar STAM.
Besok pagi angah akan ke Kelantan dengan Hj Alias beberapa hari la jugak tu kerana nak jumpa kawan Hj Alias di sana.
Kak Izzah pula berada di Pesantren Darus-salam Gontor, Indonesia mengikuti rombongan sambil belajar dari UIA...seronoknya dia melihat pusat pengajian yang tenaga pengajarnya seramai 450 orang ustaz dengan pelajar seramai 4,500 orang dan pelajarnya dari sekecil2nya sampai kebesar fasih menguasai Bahasa Arab...budaya ilmu dan disiplin tidak membenarkan pelajar bertutur Bahasa Melayu/Indonesia sebaliknya menggalakkan mereka bertutur Bahasa Arab, Inggeris, Jerman, Perancis... Buku dan kitab sentiasa berada di tangan mereka dan tidak ada yang membuang masa berborak2...satu yang amat dikagumi kak Izzah...Tadi dia telefon dari sana, katanya walid dengan ummi mesti datang tengok sendiri suasana ilmu yang tak boleh digambarkan...Tengoklah nanti kalau boleh nak hantar anak2 yatim belajar di sana...Rasa macam tak mau balik UIA katanya...

1 comment:

  1. assalamualaikum wbt...tlg sampaikan salam rindu sy kpd anak2 di sana ye...semoga perlindungan ALLAH dan rahmatNYA sentiasa bersama mereka serta org2 yg ikhlas menjaga mereka...

    dr saudara Zulkifli Abd Wahab (UniKL BMI)yg dtg bln 4 tempohari....

    ReplyDelete