Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, November 2, 2011

Baru balik dari Bkt Gantang ada kuliah di sana...

Hari ini persekolahan berjalan seperti biasa...cuma ummi kata blackout letrik seketika lebih kurang 10pagi kut.

Selepas tu  Pak Lang Nordin yang tidur di rumah Mak Cak di Meru datang bagai dijanjikan semalam... Tapi walid hanya dapat balik jam 12 lebih sebab ada kelas...jadi dia kena tunggu hingga walid balik.. datang untuk ikut walid menghantar kereta antik Merc walid tu ke Bandar Baru Putera untuk dipasang NGV..


Kemudian tak semena2 datang Pak Cak dan Mak Cak singgah sekejap dari hospital melawat jiran mereka yang warded di hospital...Singgah sekejap sebelum kami pergi hantar kereta tu...


Kami pergi bertiga dengan ummi sekali yang teringin nak ikut..semalam walid dan ummi pergi tinjau dulu setelah dapat no telefon cina itu dari pomen dekat sini... Pak Lang pun nampaknya berminat juga sambil tengok berbagai jenis kereta yang dipasang di situ, sambil tanya kereta Perdana dia boleh atau tidak di NGNkan......empat hari siap kata taukeh kedai tu menunjuk pada Merc walid tu...

Bila kami sampai semula keasrama, ada suami isteri datang untuk menyampaikan sumbangan wang diikuti dengan kedatangan Us Amin yang mengendalikan kelas tahfiz...

Walid keluar jam 6:15ptg dipandu oleh Sdr Samad.


No comments:

Post a Comment