Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, November 18, 2011

Petang ini sekitar jam 4:00pm hujan turun lebat tiba2 ja....masa tu anak2 ni yang lelakinya sedang bergotong royong membersihkan kawasan reban angsa, itik dan ayam...tak sempat habis...bertempiaran lari bila tak semena2 mencurah air dari langit...dah hampir sejam, hujan masih lebat lagi...

Hari ini walid dan ummi bergegas ke Madrasah Idrisiah pergi ambil Ati dengan tilam bantal, baldi dan buku2nya ..hari akhir persekolahan ni...kami bawa Imah buat membantu angkut barang2 kakak dia...dalam kereta ummi bertanya kak Ati tu nak balik ke asrama kita lama ke sekejap? Suara hati budak2 ini harus direnungi kenapa terpacul pertanyaan macam tu... Walid suruh ummi berperanan untuk sedarkan anak2 ini supaya ingat dari mana kita datang dan apa tujuan mereka di ambil tinggal di asrama ini... 

Balik saja dari K. Kangsar terpa pula untuk ambil lauk di Restoran Bunga Lawang yang dah sms sejak 11:30am mengatakan lauk anak2 ni dah siap...Kami tiba di asrama 12:20 gitu. Kona hantar Halimah dan kakaknya, turunkan tilam bantal semua terus ke Bunga Lawang Restoran..kemudian balik terus bersiap ke masjid...

5:15 ptg barulah hujan reda...Semasa ketiadaan kami Mr Tawil datang membawa pelbagai makanan berbungkus...jadi inilah yang disajikan tengahari ini...Lauk Restoran Bunga Lawang itu boleh dibawa ke makan malam, lauknya ikan keli masak sambal dan sayur serta buah pisang...

Selepas solat Maghrib walid keluar kerana ada mesyuarat dan kata ummi  sejurus kemudian ada dua orang anggota tentera datang menaiki Storm menghantar berbungkus2 kuih muih dan ummi tak pasti dari kem yang mana satu kerana dekat sini ada tiga kem tentera.   

No comments:

Post a Comment