Persekolahan anak2 yatim kami berjalan semula hari ini setelah semalam dipenuhkan dengan program motivasi dari guru pelatih IPDA..Mereka baru saja selesai solat Dhuha dan Ma'thurat.
Kemudian ada dua orang wakil dari Lembaga Air Perak datang untuk mengesahkan program yang akan mereka anjurkan pada hari Jumaat 25.11.11 yang akan bermula jam 3:00 ptg...
Sementara itu walid masa itu sedang menunggu kawan untuk ke KL kerana ada urusan ...kami pergi jam 11:15am dan baru sampai balik sebentar saja tadi jam 6:40pm... Anak2 lelaki masa tu semuanya berada diruang makan untuk makan malam...Walid tanya ummi kenapa awal pula mereka makan tidak seperti biasa selepas solat Maghrib kalau tidak hari puasa Isnin dan Khamis...Kata ummi hari ni mereka jadi pelik sikit asyik nak makan jer..pukul 11:30 pm waktu rehat mereka dah makan nasi betul2 punya bukannya nasi lemak ke apa..kemudian selepas Zohor datang nak minta makan nasi lagi...sehingga dah lari dari jadual biasa...bagi orang yang tak terlibat dengan penjagaan anak2 yatim, mungkin akan kata biaq pilah depa lapaq kut...bagilah depa makan!! Kami nak mendidik dan membina akhlak mereka, didikan kena ada peraturan yang perlu diterapkan untuk membiasakan mereka menghayati perilaku yang baik...Kata Imam Al-Busiry: "Nafsu manusia ini sama seperti kanak2 (yang menyusu)..kalau anda manjakan/biarkannya, dia akan membesar dengan tabiat suka menyusu walhal kiranya anda hentikan tabiat tersebut pasti dia akan berhenti." Ertinya sikap "biarkanlah..biaq pi lah" dari ibu bapa atau penjaga atas nama kesian...inilah yang akan merosak peribadi mereka..Kerana itu dalam Islam Rasulullah SAW mengajar kita bila belaian patut diberi, bila galakan perlu diguna pakai, bila pula arahan patut digunakan dan bila pula boleh dipukul sebagai langkah2 mendidik...Orang Melayu pun ada maximnya, sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan..
Lepas solat Maghrib dapat panggilan telefon dari Kak Iffah yang jatuh motorsikal semalam..masih sakit dan bengkak..angah yang pergi ziarah adiknya pagi tadi beritahu ummi adik berjalan tadi macam orang tengah pantang, atur langkah satu demi satu..tapi dua orang mereka yang terlibat ni terpaksa gagahkan diri tunggang motor tu juga kerana hari ni ada ujian...
Lepas solat Maghrib dapat panggilan telefon dari Kak Iffah yang jatuh motorsikal semalam..masih sakit dan bengkak..angah yang pergi ziarah adiknya pagi tadi beritahu ummi adik berjalan tadi macam orang tengah pantang, atur langkah satu demi satu..tapi dua orang mereka yang terlibat ni terpaksa gagahkan diri tunggang motor tu juga kerana hari ni ada ujian...
No comments:
Post a Comment