Hari ini cuti Awal Muharram...rutin harian anak2 ni macam biasa juga berpuasa Isnin dan lepas Subuh mengaji kemudian solat Dhuha dan membaca Ma'thurat pagi seterusnya acara bebas terpulang kepada masing2...nak tidur pun tak apa kelonggaran hari puasa Isnin dan Khamis memang gitu...
Tetamu pertama yang datang pagi ini ialah Tn Hj Zainon Jab Pendidikan Ipoh untuk booking tarikh 4/Feb/2012 kenduri sedaranya di Maju Rapat...
Pada jam 3:50 ptg Us. Khalil dan isteri Ustzh Ila datang untuk menyampaikan baju2 terpakai kiriman adiknya untuk dipilih bagi kegunaan anak2 ini..antaranya unifom sekolah yang masih baru...
Selang tak lama datang pula dua orang menaiki Waja menyumbang beras empat beg katanya dari Kem Pga Ulu Kinta....
Ni walid dan ummi nak keluar ke KTM nak report bungkusan yang di hantar hari itu ke Bndr Baru Nilai tak sampai pun....
Inna lilLahi wa inna ilaihi raji'un....pergi bank Islam..kad walid ditendang oleh tiga mesin yang ada...pergi ke KTM bahagian bungkusan...tutup pulak dah..depa cuti semua ke...kalau tak, ada jer orang kat kaunter tu Sabtu Ahad pun..Baliklah kami..saja...tak singgah asrama sebaliknya terus ke rumah kami yang dah lama tak jenguk...tengok burung layang2 dah bersarang kat empat perjuru siling porch..hohoho sekilo sarang burung harganya RM7k..najisnya lagi melambak dibawah...aduh...beginilah jadinya bila rumah kena tinggal...
Balik ke asrama dah waktu berbuka pun...anak2 ni pakat makan nasi dengan masak sambal tumis ikan kembung dan sayur, masakan Makcik Som..Kak Izzah kata ada orang datang hantar bihun goreng petang tadi En, Azhari yang minta dibuat tahlil untuk maknya yang baru meninggal..Hujan rahmat turun sampai kinipun..Alhamdulillah...Ni nak keluar lagi ke Giant pulak nak try kad ummi pulak di ATM situ...sebab bongsu kami perlukan duit....
Hujan berterusan....kami baru sampai balik ke asrama 10:00mlm...Sahlah kad walid kena tukar baru dan tadi guna kad BIMB ummi ok pun dapatlah transfer duit kat sibongsu kami tu...Hujan makin lebat nih............

No comments:
Post a Comment