Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, November 9, 2011

Besok -In sya Allah- anak2 ini akan dibawa rehlah ke Pulau Pangkor. Angah, Pak Lang dan Kak Izzah akan mengiringi mereka dalam rehlah ini...Mula2 rancangannya nak bawa mereka ini ke Langkawi dan bermalam di sana tapi ada yang beri pandangan negatif.. itulah dan inilah hingga idea itu mati disitu saja...dan terus terarah ke Cameron Highland pula tapi tidak ada van sewa yang terdekat...yang ada berdasarkan carian dalam internet nun di Sg Petani dengan harga boleh tahan...van kenalan yang dekat2 ni dah disewa orang nak kerabat bukit bukan boleh sebarangan...Dan angah pula baru2 ni ke Teluk Nipah Pangkor dengan kekawan dia pelajar USIM dan seronok snokling dan teringat ler anak2 yatim ini dan dialah cadangkan ke Pangkor secara mendadak menggantikan CH...

Untuk itu kita dapat satu van sewa, satu Avanza dan sebuah kereta Pak Lang punya yang sedang on the way dari Sg Petani  sekarang ni, orang dah pencen tak banyak kerja.... cuma ada masalah sikit..van itu bawa budak sekolah dan dianya tak boleh bertolak awal...pukul 8 van baru boleh pergi hantar dan pulang kemudian jam 5ptg akan pergi ambil....so jadi dua peringkatlah...Angah akan pergi dulu diikuti nantinya oleh van dan kereta Pak Lang...Walid tak boleh ikut sebab esok sekolah...ummi pun tak juga...sengaja dipilih hari sekolah kerana nak elak dari kesesakan cuti sekolah... 

No comments:

Post a Comment