Hari ini pun walid dan ummi keluar lagi mencari barang2 keperluan sebagai persiapan untuk kegunaan korban nanti...Maklumlah dekat dengan hari raya nanti semakin sibuk jadinya dan macam2 boleh berlaku kedai tutupla dsb, jadi kalau kita bersedia dari awal kepala pun tak jadi berat dan kacau....In sya Allah kita akan korban seekor kerbau pada hari raya kedua..hari ini walid nak pastikan dan hubungi orang yang diamanahkan menempah dan menyembelih... sahlah katanya ada kerbau yang akan dihantar petang Raya Haji..Begitu juga orang2 yang nak tolong tumbang dan melapahkan kerbau pun dah dapat lampu hijau...
Berbuka petang ini ada orang sponsor dan disamping itu ada kuih2 yang juga dihantar oleh orang yang baru tahu ada asrama anak2 yatim kat sini...cerita atas cerita lah tu..jadi datanglah orang baru hari ini mengikut kawan dan dapat maklumat setiap Isnin dan Khamis anak2 ini berpuasa..jadi bawalah sumbangan dalam bentuk juadah berbuka...Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment