Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, October 7, 2011

Cerita hari ini apa ya..rasanya tak banyak yang dapat dicatat di sini... gout menyerang lagi kaki kanan walid terjengkek2 lah juga dibuatnya....yang angah di USIM pula mengadu kat ummi sepanjang hari ni cirit birit pula semalam demam mujurlah cepat pula sembuh dan dapatlah menjayakan Projek Tahun Akhir dia dan unit dibawahnya yang diamanahkan untuk menganjurkan Forum Perdana yang disiar live melalui Radio NasyidFm malam tadi jam 8:45pm...Kamipun dapatlah ikuti forum tersebut...Katanya malam ni adalah perasmian projek depa dan besok pula segala macam pameran dan jualan serba serbi...terbuka kepada orang ramai....

Cerita anak2 pula pagi2 lagi penderma tetap kami Pn. Zuraidah Hanum datang jam 7:30pagi dengan sumbangan bulanannya, menurut ummi Pn. Hanum ini menguruskan syarikat mereka di sebelah Bukit Minyak S.Perai sana dan berulang alik..

Waktu rehat tadi ada Makcik Onah sponsor makanan dan makan tengahari setiap Jumaat disponsor oleh Restoran Bunga Lawang.. Walid dan ummi pergi ambil lauknya sambil cuba pandu kereta Mercedes 200 lama yang dah hampir dua tahun tak jalan..Setelah dicat baru....diservis air-condnya tukar bateri nak ronda tengok sejauh mana sejuknya..akhirnya ok lah dan cadangnya nak pakai NGV, angah yang sayang kereta tu...kalau nak ikut ada beberapa orang dah yang tanya...minta jualkan...Mungkin minggu depan boleh hantar ke bengkel pasang Ngv...

Petang ni guna kereta antik tu lagi pergi ke rumah kawan yang melukis plan projek surau baru kami tapi diberitahu isterinya dia hari ni memang balik lewat kerana nak siapkan plan kami tu...balik singgah kedai buah dekat highway...isteri taukeh China pula sedekah buah tembikai dan pisang untuk anak2 yatim katanya....

If you are unable to become like salts do not be a horsefly
إن لم تكن ملحا فلا تكن ذبابا

No comments:

Post a Comment