Seperti yang disebutkan maka hari ini datanglah murid2 Sk Tambun dengan guru2 pengiring dan ajk PIBG sekolah itu jam 10:25am...Sepatutnya murid tahun 6 yang akan turut serta seramai 120 orang tapi yang datang menurut ummi tak sampai jumlah tersebut begitu juga Guru Besar pun sepatutnya beriya2 nak datang sekali kerana katanya teringin benar nak lihat sendiri asrama anak2 yatim ini tapi nak jadi cerita sebaik2 saja beliau nak masuk kereta ada beberapa pegawai JPN sampai nak jumpa beliau..jadi beliau mengarahkan supaya rombongan bertolak dulu dan beliau akan menyusul kemudiannya...Jadi datanglah rombongan ini diketuai pengolong kanan Pn. Silvamal dan beberapa orang guru tahun 6 dan dua orang ajk PIBG.
Sebaik saja sampai disini mereka semua dijemput masuk ke dalam dewan disambut dengan dendangan Selawat diketuai oleh Rauf...lama juga dikatakan mereka menunggu Guru Besar yang janji nak datang akhirnya mungkin dimaklumkan beliau tak dapat datang...barulah majlis diteruskan dengan ucapan dari ketua rombongan diikuti ucapan dari ummi yang mengisahkan bagaimana sejarah asrama ini bermula dengan mengambil anak2 yatim yang bermasalah yang dikategori murid2 lembam yang tidak boleh membaca kita proses sehingga beberapa orang dari mereka berjaya dalam UPSR kali pertama disertai mereka pada tahun 2009 begitu juga tahun berikutnya hingga ada seorang dari mereka berjaya memasuki sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar..dan banyak lagi pengkisahan dari ummi yang mendapat tepukan gemuruh dari tetamu...Kemudian diikuti pula dengan persembahan anak2 yatim kita yang berjaya mencuri perhatian murid2 SK berkenaan. Selepas persembahan sumbangan ikhlas disampaikan dari guru2 sekolah berkenaan...dan dari ibu bapa kepada murid2 yang datang.
Kemudiannya acara taaruf berkumpulan antara anak2 yatim dengan murid2 SK Tambun untuk mereka bertanya beberapa soalan sambil membawa melihat persekitaran asrama ini...
Kelas tahfiz berjalan pada petang ini seperti biasa dipimpin oleh Us. Amin...
Petangnya hampir jam 4:30pm datang orang2 BSN yang tidak asing lagi Pn Intan. Pn.Anis dan En. Razif tiga sekawan untuk mengemaskini akaun asrama dan anak2 ini...
Kelas tahfiz berjalan pada petang ini seperti biasa dipimpin oleh Us. Amin...
Petangnya hampir jam 4:30pm datang orang2 BSN yang tidak asing lagi Pn Intan. Pn.Anis dan En. Razif tiga sekawan untuk mengemaskini akaun asrama dan anak2 ini...
No comments:
Post a Comment