Malam ini juga walid balik lewat melepasi jam 12 tengah malam..Malam semalam pun gitu jugak...itu sebab tak dapat buat catatan semalam..Malam ini walaupun lewat kena buat sedikit catatan rengkas..
Pagi tadi Paklang Nordin abang ummi datang jam 9.30pagi dan pada jam 10:00 pagi ada orang katering datang menghantar makanan yang siap dimasak tanpa memberitahu lebih awal..Sedangkan anak2 ini ada undangan kenduri kahwin jam 11:00pagi.
Pada jam 12:30tengahari Mr Anjang pula datang menghantar makanan beraneka jenis...Lepas tu walid, ummi, angah dan kak Iffah yang balik Jumaat semalam pergi ke walimatul urus anak saudara sepupu sebelah ummi di Tm. Meru selepas itu singgah solat Zohor di rumah Mak Cak kakak ummi di Puncak Meru...Bila kami balik diberitahu budak2 ada orang datang hantar dadih dan kek dan ada yang hantar beras...
Sebelah petang pula sekitar jam 5:30 ada orang datang hantar lebihan nasi kenduri pulak..
No comments:
Post a Comment