Hari ini Ahad 30/10. Cuaca agak panas pagi ini terasa bahang panasnya sampai ke dalam bilik..Bila cuti ni anak2 kami selepas solat Dhuha dan ma'thurat pagi akan diarah membasuh baju dan kasut sekolah dan apa2 yang perlu dibereskan...Selepas itu mereka free nak kekawasan luar asrama ini...panjat memanjat ni perkara biasa sangat pokok asam, pokok belimbing dan pokok jambu habis dipanjat..
Hj Rosli dan kawannya datang jam 11:00 ajak walid join dalam satu dua projek mereka di kem PGA Ulu Kinta, PLKN dan lain2...Walid setuju untuk membantu mereka selama tiga bulan dulu sebab kita sendiri ada projek membina rumah dan surau yang akan bermula bila2 saja sebab kontraktor dah datang berbincang..
Kemudian Mr Anjang datang menghantar anika jenis makanan macam kebiasaannya...masa bila dia datang tak disedari kerana masa tu walid sedang memasang selak pada pintu kelas dibantu Wan dan Jamal..tau2 saja sudah ada atas meja makan...
Bila masuk pukul 2:15pm cuaca menjadi mendung dan tiba2 hujan turun..
Bila masuk pukul 2:15pm cuaca menjadi mendung dan tiba2 hujan turun..
No comments:
Post a Comment