Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, October 29, 2011

Hari ini cuaca agak suram dan redup di kawasan kami ini..anak2 kami ini dengan aktiviti sendiri2...ada yang membakar ditempat sampah dibelakang dan ada yang menguruskan angsa2 dan itik2 sekejap dilepas dan sekejap dikurung...yang meronda dibahagian luar asrama pun ada.....

Tamu yang baru saja pulang ialah Tn. Rahim dan isteri Hjh Solehah penderma tetap kami yang datang menyumbang sabun pencuci cecair dan biskut dua tin besar kalau tak silapnya....Tn. Rahim Para ini akan bertukar dari Bukit Aman balik semula ke PGA Briged Utara bulan depan ini katanya setelah tiga tahun di Bukit Aman..Alhamdulillah...

Malam selepas solat Maghrib ada orang dari Desa Tambun datang menghantar nasi kenduri mereka. Dan sebaik saja selesai solat Isya', Majlis Melur di adakan menggantikan malam Sabtu yang tidak dapat diadakan kerana dewan diguna pakai untuk program lain.

Melur malam ini dipengerusikan oleh Che On yang masih tergagap2 dan belum mantap berbahasa tapi Alhamdulillah sambutan baik dari anak2 yang menjadi warga baru asrama ini bila mereka tidak ketinggalan mengambil bahagian sama...

Majlis Melentur Rebung (MELUR ke30)



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

No comments:

Post a Comment