Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, October 6, 2011

Hari ini Mr Anjang datang membawa berbagai jenis makanan macam biasa di hari berpuasa begini..jadi bagi memastikan anak2 dapat menikmati apa yang dibawa dan nak mengelak dari kebasian ummi dan teacher panaskan yang mana patut dan stor kedalam frizer yang mana berkenaan...

Walid pula semasa disekolah tadi terima panggilan dari Cikgu Aziz bekas setiausaha Masjid Jamek Tambun yang menyatakan Syeikh Abdul Hamid pimpinan Jamaah Tabligh dari Seri Petaling sekarang ini berada di Ipoh dan teringin nak jumpa dan nak ziarah walid petang ni...masa tu hampir jam 2:00pm dan walid pun bergegas balik..Tak lama kemudian sampailah mereka berdua...Syeikh Hamid ini dulunya pernah belajar di Pondok Sg. Bakap masa tu walid dah mengajar di sana, bila balik cuti dari Nilam Puri Kelantan...Selepas dua tahun disana beliau pergi ke Pakistan untuk belajar di Maahad Tahfiz di sana..ziarah pun tak lama sekitar 30 minit lebih kurang kemudian mereka minta diri...Mereka tak bawa bersama satu jamaah dari Peshawar yang turut datang ke Ipoh ini...

Selepas Asar kami pergi ambil Si Hakim dan Atirah yang periksa hari terakhir hari ini dan juga ambil Hafiz kerana Hakim dan Hafiz ada program di kediaman MB jam 6 ni ikut tentatifnya yang terlibat hanya 8 orang dari asrama ini...

Kemudian datang pula suami isteri yang pertama kali sampai ke sini setelah tersasar seketika...En Aziz dari Ampang yang dapat tahu tempat ini dari Hj Zakaria dan Abdul Manan taukeh kedai runcit Din Faiz Tm. Chempaka....

Berbuka hari ini disponsor oleh Datin Zahurin yang lama tak datang...rupanya melancong ke luar negara ke Hong Kong dan China......kueh mueh pula disponsor oleh Makcik Yong dan murtabak disponsor oleh Dato Azumu Tak yang dihantar oleh anaknya..

Petang ini selepas Asar...guru2 pelatih IPG Ipoh datang buat program dengan anak2 ini dan sebahagiannya berbuka sekali dengan anak2 ini.....


We people may never be satisfied with what we have. 
But we must always learn to appreciate and be grateful.



No comments:

Post a Comment