Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, November 16, 2010

Ahad 14/11/2010 Kenduri Arwah dan Jamuan Laksa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini seperti yang dipersetujui bersama keluarga En. Kamaruddin dan Pn. Noraini dari Kg Tersusun Bt 6 dekat sini, suatu majlis tahlil diadakan di Dar'us-Salam dengan undangan lebih kurang 20 orang kenalan mereka. Majlis tahlil bermula jam 12.00 tengahari diketuai Us. Salleh Said diikuti jamuan tengahari yang dimulai dengan anak-anak yatim terlebih dahulu.

Sementara itu diwaktu petang selepas Asar,  Pn. Rohana sekeluarga dari Tmn Perpaduan telah mengadakan majlis kesyukuran dengan jamuan laksa dan kueh mueh. Dalam masa yang sama kami telah dikunjungi oleh En. Ashram dari Gardenia untuk menaja anak yatim lelaki  yang belum berkhatan utk menyertai majlis khatan anak beliau Disember ini. Ditakdirkan kami ada seorang lagi anak yatim yang belum berkhatan dan bila ditanya sama ada setuju atau tidak, angguk je. Tanda ok lah tu. Majlis ini akan diadakan di rumah En. Ashram in sya Allah...

No comments:

Post a Comment