Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, November 22, 2010

KAMI DAPAT ANAK YATIM BARU!!

Dia anak yatim emak. Ketika ibunya meninggal, umurnya 9 tahun. Namanya Faris Ridzuan bin Ishak. Kurang pasti maklumat itu betul atau tidak kerana dokumen peribadinya tidak diserah semalam kerana belum difotostat lagi kata emak sedaranya. Dia orang Bidor, yang terkenal dengan  jambu tanpa biji di Perak ni. Dekat kawasan jambu itulah dia tinggal dan sering merayap kesitu untuk cari duit upah membalut buah jambu dari cina. Itupun maklumat yang sekunder hasil cerita makcik tentang dirinya..
Mereka  datang ber7 dalam hujan petang semalam, dah  pukul 6 ptg menaiki unser.  Wan dan opah, ayahnya yang sedih pilu, makcik yang pernah mengunjungi asrama ini, suaminya pesara bank, anak perempuan mereka dan siyatim ini. Bila ditanya umurnya..tahun depan naik darjah 5. Baru Iqra' 3, tak pandai baca Jawi, fatehah tak lepas dan hanya tahu Qulhuwallah, itu pun tak tepat.
Begitulah keadaan murid sekolah kebangsaan sekarang..ada JQAF disetiap sekolah tapi tak beres. Anak-anak yang macam inilah yang diserahkan keasrama ini, dari sekolah kebangsaan tapi ABC tak kenal huruf besar dan kecilnya. Alif ba ta faham-faham sendirilah, mengeja nama sendiripun tak reti. Tapi, Alhamdulillah- tinggal dengan kami semua dah boleh baca samada rumi atau jawi dan boleh baca qur'an atau iqra' dengan baik. Dari 8 tahun hingga 14 tahun. Dari 24 orang hanya 9 lagi belum naik Qur 'an, tapi mereka semua sudah boleh membaca dalam rumi atau jawi. Asalnya mereka sama macam budak baru ini...blank.

No comments:

Post a Comment