Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, November 28, 2010

Ahad 28/11/2010

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini anak-anak yatim ini ada jemputan ke kenduri kesyukuran, biasalah musim cuti macam ni banyak program, kenduri kahwin lah..bersunatlah...kesyukuran dapat anaklah...anak masuk u lah...Jadi bagi orang yang jenis prihatin ni mereka teringatlah pada anak-anak yatim disini untuk menambah seri dan keberkatan majlis mereka dan sememangnya amalan seperti ini di galakkan dan perkara ini cukup jelas disebut dalam Al-Quran ;

سُوۡرَةُ المَاعون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣) فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧

Al-Maun
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (3) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (7)


Rutin hari ni adalah biasa, budak-budak ni akan bangun solat subuh, kemudian mengaji sehingga pukul  8 pagi. Hari Sabtu & Ahad tak ada kelas jadi kita gantikan dengan prep. Prep tu pula tak payah masuk kelas cuma belajar di ruang makan aje.


masing-masing buat kerja...

buat latihan dan ulangkaji....

hangpa semua dah mandi ka ha?

yang dah... jangan kacau..

Selepas solat Asar tadi saya sengaja minta anak-anak ini berdoa seorang demi seorang untuk mendengar doa peribadi mereka kepada Allah dan kita boleh menilai kecintaan mereka kepada tempat mereka membesar ini ada atau tidak..biasanya mereka akan luahkan permohonan doa ini dalam bahasa mereka namun andai diamati boleh menitiskan air mata. Ada tiga orang yang sudah pandai berdoa sepenuhnya dalam bahasa Arab memohon Allah bantu rakyat Palestin, Afghanistan dan Kashmir...kira dah masuk era globalisasi.

Sebaik saja keluar dari surau kami telah didatangi dua kumpulan tetamu mulanya disangka satu konvoi rupanya tidak. Kereta pertama sampai ialah ialah Kapt (B) Shahrulzaman dan keluarga sementara yang keduanya ialah Hj Rosli sukarelawan kami bersama dua orang usahawan wanita bersama beliau. Selain Hj Rosli mereka yang datang petang ini adalah kali pertama berziarah kesini. Kapt. Shahrulzaman berkata beliau tinggal di Sunway City dekat sini tapi tak perasan ada asrama anak yatim disini..tersasar jauh juga untuk sampai kesini. Sebenarnya boleh dikatakan ramai juga yang sesat untuk kesini walaupun dari atas lebuhraya nampak jelas tapi bila cari jalan nak masuk tak jumpa. Itulah sedikit masalah kami diTambun ini..sebagai pusat pengedaran dadah. Asrama kita berhampiran dengan kawasan operasi mereka yang diberi nama "Desa Khayalan" tempat mereka berniaga bekalan itu. Jadi asrama kami sentiasa menjadi sasaran  pencerobohan mereka untuk mencuri terutama bila harga besi melambung.  Kerana itu signboard kami yang terpampang dijalan masuk dicuri mereka kerana ia besi. Jadi kita sudah gantikan dengan plastik tapi takut nak pasang kerana kerusi plastik pun dirembat juga. Begitulah ceritanya kenapa ada yang tersesat..kerana tak nampak papan tanda kayu yang bertulis jawi pula...Kami tak tahu baca jawi...kata seorang tetamu dulu..
  Kemudian ada lagi tamu yang datang, Hj Zainol Jpn Ipoh yang memberi sumbangan wang dan seorang pengusaha catering yang memberiikan segar. Alhamdulillah.....                                                                                                                                 
                                                               Aktiviti Lepas Solat Isya'
mengaji....









































budak baru Ridzwan dari Bidor..


ummi ajar Sarah...


habis ngaji kena hafal sifir sambil makan keropok lekor..



licin,,,pinggan keropok lekor tengganu...


tuuu dia Jamal tawan besen...hantu betoi budak ni..

No comments:

Post a Comment