السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Seperti biasa anak-anak yatim berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Sudah dua tahun amalan ini berjaya diterapkan tanpa masalah, dari anak yang berumur 8 tahun hingga 14 tahun. Hari ini mereka berbuka dengan nasi MANDI, iaitu sejenis nasi yang popular di Yaman dan dah adapun di KL dan Cyberjaya dan lain-lain bandar di Malaysia nih. Sebenarnya nak jadi rezeki anak-anak yatim disini, hari Jumaat lepas 12/11/2010 asrama ini dikunjungi siswi dari Yaman yang menjadi rakan sebilik anak perempuan kami di UIA yang teringin sangat nak tengok anak yatim Dar'us-Salam semasa cuti beliau selama sebulan ni lagu mana. Dia ni dah tahun akhir di UIA ambik pendidikan. Jadi naik heranlah jugak dia ni, bila tengok budak-budak ni kecik-kecik lagi dah bertudung padahai dia tu berpurdah. Barulah saya teringat masa pi Yaman tiga bulan baru ni (Mac-Jun) budak pompuan sekolah rendah tak pakai tudung. Depa mola berpurdah terus bila naik menengah hang kata. Sebab saya berani kata macam tu pasai masa di sana tu saya ada pi observe disebuah sekolah rendah swasta di San'a, Guru Besar pompuan Sudan dan bila kita cerita mai dari M'sia nak melawat sekolah dia, seronok sakan dia layan kami dan suruh kerani dia pi panggil budak M'sia yang belajar sekolah tu. Memang ada anak melayu umur 8-9 taun lagi belajar di sek. rendah Yaman. Ada sorang budak lelaki dari Kedah, mak dan ayah dia hantar pi dan serah kat pelajar kita yang setahun dua disana minta tolong jaga, pastu balik buta ke M'sia hang kata. Yang budak tupun tak katapa dan tak keriau pun. OK haritu saya mintak nak cerap satu kelas, guru besar ni tanya jadual cikgu mana yg ajar bahasa Arab masa tu. Kami sebenarnya berdua pagi tu., baru balik dari jemaah Subuh pastu pi cibercafe melarat sampai kul 9 masa balik tu lintas satu sekolah.. apa lagi nak try tengok. Cikgu disitu pompuan belaka dan sumer berpurdah. Murid-murid tak pakai tudung..kecuali murid M'sia je. Sambung balik pasai nasi Mandi tadi ni bukak posa tu kira okla tara tu..pandai jugakla dia tu masak, anak-anak yatim pulun semacam.
No comments:
Post a Comment